Friday 16 August 2013

Penafian PMO Mengenai Kerajaan Perpaduan

KENYATAAN AKHBAR

l. Kebelakangan ini beberapa portal berita Online telah menyiarkan laporan
bahawa YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak Sedang
berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpacluan bersama Ketua
Pcmbangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Laporan portal berita tersebut yang memetik “sumber yang boleh dipercayai
dan rapat dengan kern” Dato’ Sri Mohd Najib adalah merupakan “daya
imaginasi” penulis tersebut kerana tídak ada sebarang usaha ke arah
mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

3. Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku
selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta
kepimpínan Pakatan Rakyat sehingga kini masih tídak dapat meneríma
kepu tusan Pilihanraya Umum ke- 13 dan mempertíkai keputusan tersebut.

4. Laporan yang memetìk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar mengesahkan
adanya usaba yang dilakukan oleh Dato’ Sri Mohd Najib ke arah mewujudkan
kerajaan perpaduan merupakan satu “kenyataan politik yang berniat nakal”.

5. Usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presíden Indonesia Jusuf Kalla
sebelum PRUI3 bagí mendapat persetujuan Dato’ Sri Mohd Najib dan Datuk
Seri Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan
menerima keputusan pilíhanraya merupakan satu~satunya perjanjian politik
yang ada.

6. Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRUI3
bagí mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Dato’ Sri Mohd Najib agar
menghormatí keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdema
Menteri. Namun, Datuk Seri Anwar enggan berbuat demikian kel-ana
mendakwa berlaku penipuan dalam preses PRUl3.

7. Oleh itu, kenyataan Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaba baru ke
arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “ciptaan dan rekaan”
bagi kepeptingan politik pembangkang khususnya ketuanya.

Pejabat Perdana Menteri

16 Ogos 2013

No comments:

Post a Comment