Saturday 29 June 2013

Mampukah PAS Ambil Alih Terengganu?

PADA saat artikel ini ditulis, laman ini percaya soal kematian Datuk Dr. A Rahman Mokhtar, yang semasa hayatnya menjadi ADUN Kuala Besut selama 2 penggal, sudah begitu cepat dilupakan orang.

Kematian arwah kini hanyalah satu titik sejarah pada kebanyakkan dari kita di negara ini, kecuali kepada keluarga terdekatnya sahajalah.

Bukan berniat untuk bersikap biadap, tapi sekadar menyebut bahawa yang lebih menjadi topik perbahasan di seluruh negara ialah pilihanraya kecil di kawasan tersebut yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan arwah.

Apatah lagi dengan hakikat bahawa selepas PRU13 yang lepas berakhir, kerajaan negeri hanya didokong dengan kelebihan 2 kerusi sahaja - 17 BN, 15 pembangkang. Kematian arwah menjadikan kedudukan sekarang 16 BN, 15 pembangkang.

Jika pembangkang menang, kedudukan akan berubah kepada 16 BN dan 16 pembangkang.

Fakta inilah yang menarik perhatian ramai, berikutan ada ura-ura yang menyebut bahawa pembangkang mempunyai peluang untuk menawan kembali Terengganu (yang kali terakhir ditadbir parti tersebut sebelum PRU11 pada 2004), jika parti tersebut menang di Kuala Besut.

Kalau mengikut kepada Profesor Dr. Aziz Bari yang mendakwa sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan, kemenangan PAS di Kuala Besut, memberi kuasa kepada Sultan Terengganu untuk melantik kerajaan baru/mengekalkan kerajaan sedia ada berdasarkan budi bicara baginda.

Kenyatan ini bagaimanapun disifatkan banyak pihak sebagai separuh benar, kerana jika Speaker belum dilantik, itu lain.  Masalahnya sekarang, speaker DUN telah pun dilantik dan beliau mempunyai undi penentu - mengikut undang-undang tubuh negeri Terengganu.

Tujuan Aziz Bari bercerita separuh benar, tidak sukar sangat nak diagak.  Ini memang permainan pembangkang sejak dulu, cakap separuh benar atau dalam konteks kenyataan Aziz Bari mengenai situasi kerajaan di Terengganu jika pembangkang menang di Kuala Besut - tidak benar sama sekali.

Seperti yang disebutkan di atas, pendapat Aziz Bari tidak terpakai mengikut keadaan semasa kerana Speaker telah dilantik dan kerajaan negeri juga sudah dibentuk.

Jadi, adakah PAS mampu mengambil alih Terengganu jika calon parti tersebut menang di Kuala Besut?  Jawapannya, tidak!!

Jonker Walk: Of Racism (DAP) & Aspiration (BN)

As expected, the DAP is playing the race from the decision of the Malaccan government to stop the operation of the Jonker Walk hawkers market. The decision made by the Malaccan government is obviously an administrative move to ease the traffic jam that has plagued Malacca for years. DAP made the wrong move by calling the Malaccan government racist.
 
Meanwhile, the state government of Malacca made a decision to ease the hardship of motorist to ensure that the traffic of the ever busy Malaccan streets would run smoothly. DAP saw this as a way for the Barisan Nasional to take revenge on the Chinese because the Chinese had rejected BN in the 13th General Election.
 
Showing their true colors, Penang DAP Chief Minister, Lim Guan Eng threatened not to open any more Ramadan Bazaar during the upcoming fasting month of the Muslims.
 
What is their excuse for not letting the Malays of Pulau Pinang to open up their stall in the month of Ramadan? Is it similar to what is happening with Malacca? We want to see the coward Lim Guan Eng to shut down all operations in the Ramadan Bazaar. Only if he is brave enough that is.
 
This is not a first time the DAP tries to kill someone’s livelihood. Lim Guan Eng would have been very critical and harsh to Malay businesses since he came into power. While rich Chinese would be given special treatments.
 
At least, with the closing of Ramadan Bazaar, we hope that the Malay people will not vote for any DAP candidate. If they think this is hard to run a state, wait till they see what is installed for them if they keep pushing the Malays.
 
From this incident it is clearly seen that the DAP is clearly a racial based party, they are using racism to instigate the Chinese so they will not vote for BN, and when they failed to take the helm of the government, DAP opposed all of the decisions made by the government and everything that involves the Chinese is considered as racist.
 
All this is done to cover up the failure (more like lies) of Anwar Ibrahim to secure enough votes from the Malays and the Indians. DAP managed to incite 100% of the Chinese population in Malaysia to oppose the government and Pakatan Rakyat in the 13th General Election.
 
This tragedy should have open the eyes of many people who do refuse to see DAP as a racist party. A lot has been done to make the people understand who is the real DAP especially to the Malays.

Thursday 27 June 2013

PAS vs FGV: PAS Is Freaking Out!

When the Felda Global Ventures Holding (FGVH) was developed, PAS was one the first who stepped in and try to play hero. It was said that they opposed the development because they think the government is going to gamble away the Felda pioneer land.
 
Before this, PAS leaders would not even come to a Felda estate, it is weird for their sudden interest into the particular manner.
 
PAS stand is similar to the illegal society called ANAK that is currently being led by Mazlan Aliman to oppose the development of FGVH. They even try to bring it to the courts; this resulted in the loss of large amounts of money for FGVH. This will affect the all of the pioneers.
 
PAS should not have meddled in things that they do not understand. Pro-opposition supporters in Felda are following the act of PAS, opposing anything that the government brings to the table even if it is for the sake of the people. However, the government had handled this well, the dividends paid to the people of Felda made every critic eats their own words. Even Felda’s pioneer who is supporting the Pakatan Rakyat took the money. Everyone was happy with the end result of Felda transforming to FGVH.
 
Mazlan Aliman he failed as a PAS candidate in DUN Bukit Permai, Johor constituency. This is his fourth defeat in the hands of an UMNO/BN candidate. Mazlan Aliman started his political career and become the candidate of PAS since 1999.
 
Now, when FGVH is announcing the second dividend initiatives as much as RM 60.02 million by next July, we believe that PAS will shut their mouth and sulk like they always do. The company that they said will gamble away the Felda lands are continuously giving out dividend to the rakyat.
 
According to the statement made by Tan Sri Isa Samad yesterday, about 112,635 of pioneer all over the country. RM 550 will be given to each and every Felda settler.
 
A company who suffers loses could not give dividends to their members, FGVH however was making a lot of money and maintain its overall profit.
 
It is clear that PAS tried to cheat and lie to the Felda settlers. Everything that they said was just another political ploy for the ever avenging monster they are. It is sad to see that there is a small amount of people believed PAS and its leadership.
 
PAS claimed that Islam is their main cause, however, Islam would never allow the all the lies that PAS had spread in the FGVH issue.
 
It is sad to see that some of our Malaysian brothers and sisters are so gullible these days. 

Is PKR Contesting In The Kuala Besut By-Election?

Barisan Nasional Terengganu lost one of its state assemblymen to lung cancer, Datuk Dr Abdul Rahman current state seat holder for DUN Kuala Besut left the seat vacant and a by-election need to be held 60 days from today.  
 
In the 13th General Election, the deceased defeated PAS candidate Napisah Ismail with 2,434 majority votes.
 
The question is which party shall represent the opposition in this particular by election.
 
We heard that PKR has already told PAS their intention in contesting in the election. The reason for this particular request is because PAS failed to take over the seat in the last two general election.
 
Even if PAS in the 13th General Election managed to lessen the majority votes of Dr Abdul Rahman, it is not a sign of PAS strength as the Besut Parliament is an UMNO stronghold.
 
Besut Parliament member Datuk Seri Idris Jusuh is also the second education minister currently serving under the Deputy Prime Minister.
 
Will PAS succumbs to PKR’s will or will they retain their seat as it is a PAS seat and no other opposition party ever contested in the constituency.
 
If in the same time, PKR also has legitimate claim to try their luck in the constituency because of the 13th General Election results shows that PAS’s weak performance in the whole country even though they managed to reduce the 2/3 majority for BN in Terengganu.
 
BArisan Nasional would never, fight amongst themselves in the term of the allocation of seats. This is because UMNO is the only Malay party in Barisan Nasional and majority of the voters in DUN Kuala Besut is 99% Malay. 

PAS Sakit Jiwa FGV Bayar Dividen

KETIKA mula-mula Felda Global Ventures Holding (FGVH) ditubuhkan, PAS adalah yang paling ke depan membantah penubuhan syarikat tersebut atas alasan menggadai hak dan tanah peneroka Felda.

Macam merekalah yang memperjuangkan peneroka sangat.

Selari dengan bantahan tersebut, ditubuhkan NGO haram yang kononnya mewakili generasi kedua Felda, ANAK yang diterajui Mazlan Aliman untuk membantah penubuhan FGVH.  Tidak ketinggalan, diseret beberapa orang peneroka untuk membawa kes ini ke Mahkamah sehingga berlaku kelewatan kepada penubuhan FGVH.

Cabaran dan dugaan ini tidak perlu yang di dalangi PAS ini bagaimanapun berjaya ditangani kerajaan, sehingga diakhirnya, peneroka yang sama juga 'menjilat-jilat' imbuhan khas yang diberikan kerajaan dan Felda hasil dari pembentukan FGVH ini.

Mazlan Aliman sendiri gagal menyerlah dan tewas sebagai calon PAS bagi DUN Bukit Permai, Johor - kekalahan kali ke-4nya sejak mula bertanding sebagai calon PAS pada tahun 1999.

Sekarang, bila FGVH mengumumkan pemberian dividen kedua sebanyak RM 60.02 juta pada bulan Julai nanti, penulis yakin PAS akan terus terkedu dan berdukacita.  Mana tidaknya, syarikat yang mereka dakwa akan menggadaikan tanah peneroka, kini mula membayar dividen hasil keuntungan syarikat.

Menurut kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad semalam, setiap dari 112,635 peneroka di seluruh negara akan menerima bayaran dividen sebanyak RM 550.


Untung, itulah kata kuncinya kerana syarikat yang rugi tidak mungkin mampu membayar dividen kepada pemegang saham.

Jelas disitu PAS menipu dan membohong.  Semua yang dia sebut mengenai FGVH sebelum ini hanyalah mitos politik parti berkenaan semata-mata.  Malangnya masih ada juga sebahagian kecil peneroka termakan dengan dakyah ini disebalik segala macam penerangan yang telah diberikan kepada mereka.

Islam yang didakwa PAS menjadi asas perjuangan parti tersebut tidak mungkin menyokong penipuan dan pembohongan seperti yang dilakukan PAS dalam isu FGVH ini. 

Malah, amat malanglah kepada sesiapa yang percaya kepada pembohongan tersebut (PAS parti berasaskan Islam).

Jonker Walk: Antara Rasisme (DAP) & Kepentingan Rakyat (BN)

POLEMIK rasisme yang ditimbulkan DAP lanjutan dari keputusan kerajaan Melaka untuk menutup pusat penjaja di Jonker Walk, telah menyerlahkan isi perut sebenar parti rasis yang mengaku sebagai berbilang kaum itu.

Sementara kerajaan negeri Melaka membuat keputusan berkenaan untuk 'melegakan' kesesakan lalulintas yang diakibatkan oleh pembukaan Jonker Walk pada 2010, DAP pula memandang tindakan itu sebagai balas dendam kerajaan BN terhadap masyarakat Cina (akibat menolak BN dalam PRU13) yang membentuk kumpulan majoriti peniaga di Jonker Walk.

Menyerlahkan lagi kerasisan tersebut bila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengancam untuk tidak membenarkan bazar Ramadhan dibuka di negeri tersebut pada bulan puasa yang akan datang.

Apa alasan untuk tidak membenarkan orang Melayu Pulau Pinang berniaga pada bulan Ramadhan, adakah sama dengan masalah yang berlaku di Melaka?  Dan apa kaitan pulak hal yang berlaku di Melaka dengan Pulau Pinang?  Kita cabar Guan Eng tutup Bazar Ramadhan, itupun kalau beranilah, jangan cakap saja lebih.

Lagipun, ini bukan pertama kali DAP menutup periuk nasi peniaga Melayu, sudah banyak kali tapi kurang diketengahkan.  Sementara orang Cina diberi sebesar-besar kebebasan untuk berniaga mengikut suka hati mereka di negeri yang mereka jajah.

Sekurang-kurangnya dengan berlaku penutupan Bazar Ramadhandi Pulau Pinang  ini, orang Melayu di seluruh negara akan semakin berat untuk mengundi DAP.  Sekarang pun dah berat, tambah dengan tindakan macam ini, lagilah berat.

Dari kejadian ini nampak jelas bahawa DAP memang sebuah parti rasis, menggunakan alasan rasis untuk menghasut orang Cina supaya tidak mengundi BN, dan bila cubaan itu gagal menumbangkan BN, DAP mengangkat hampir setiap keputusan kerajaan persekutuan/negeri berkaitan orang Cina sebagai isu rasis. 


Semua ini dilakukan bagi menutup kegagalan (lebih kepada pembohongan) Anwar Ibrahim menghadirkan jumlah undi yang cukup dari orang Melayu dan orang India untuk menumbangkan kerajaan BN, bila mana DAP berjaya menghasut hampir 100% orang Cina untuk menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang lepas.

'Tragedi' ini sepatutnya membuka mata banyak pihak yang enggan melihat DAP sebagai parti rasis. Banyak yang sudah disebutkan tentang perkara tersebut, tapi malangnya masih ada juga segelintir dari masyarakat kita, terutama orang Melayu yang tergamak memberi undi kepada parti rasis ini.

What Is Wrong With SAMM?

The SAMM (Solidarity Anak Muda Malaysia) or Young Malaysian Solidarity Association led by Badrul Hisham Shaharin a.k.a Chegu Bard is a non-governmental organization that supported the Pakatan Rakyat. Many of them are young PKR members who idolize Anwar Ibrahim and his “Reformasi” movement.
 
They are trying their best to be as equal as their PAS counterpart the Unit Amal that has proven to be an effective tool in challenging the government. The PAS’s Unit Amal is in a class of their own. They are well equipped to handle massive crowds and they are even trained in martial arts. Easily put, Unit Amal is the military wing of PAS, without the arsenal of course.
 
However, unlike the Unit Amal who stay true to their roots, SAMM seems distraught and slowly becoming an opposition in the opposition party. This showed in their action last Saturday when they publicly display posters that are intentionally shaming the Pakatan Rakyat.
 
What is happening with SAMM?
 
Is it true that SAMM is throwing a tantrum because Chegu Bard lost in Sungai Acheh because of the three way battle that he had to face with BN and PAS in the last general election? It is also rumored that if it was a one on one battle Chegu Bard could easily defeat BN with ease.
 
Another story that we had heard is that he was disappointed with PAS President, Datuk Seri Abdul Hadi Awang that indirectly accused him of selling methamphetamine to youths as a justification why PAS have to put a candidate in Sungai Acheh.
 
It is not a secret that in the 13th General Election, Chegu Bard was angry with PAS’s campaign in Sungai Acheh even though it was consensual agreed by all Pakatan Rakyta members that he will be the candidate in Sungai Acheh for the Pakatan Rakyat.
 
We all can see the beef between Chegu Bard and PAS as almost all of the posters that was displayed by SAMM are clearly hitting out at the PAS leadership.
 
PAS who are annoyed with SAMM’s action had made a report to their leaders in the Pakatan Rakyat.
 
Even when SAMM erected their tents and tried to ram the Parliament building yesterday, the action did not have the support of the Pakatan Rakyat, and unlike their previous activities that was blessed by Pakatan Rakyat leaders.
 
This was proven with the fact that there are no leaders in the Pakatan Rakyat who had come and visit the campsite. Even after they tried to force themselves into the parliament building, no Pakatan Rakyat leaders came to their aid and best of all no legal team from the Malaysian Bar came to defend them.
 
The pro opposition website, The Malaysian Insider stated that the “camping” organized by the Pakatan Rakyat do not have any connection with the Pakatan Rakyat at all.
 


We are still waiting statement from Chegu Bard and the leadership of SAMM is regarding the riot that happened on Monday and whether SAMM have anything to do with it.

Janice Lee: The DAP are run by THUGS?

Janice Lee openly criticizes the DAP by repeating what she wrote on her Facebook page. Janice Lee wrote:
 
“When an organization does not follow anymore rules & regulations, it is a gangster group, how can a gangster group rule the society? You cannot expect everyone to agree with you in an organization. Yet, it is not the right way to sabotage the other’s effort just because he/she doesn’t agree with you. Please read the constitution to ensure fair & just a game. Isn’t it what we are campaigning in the past 40 years?”
 
Janice Lee status was supported by her friend on Facebook who agreed that the DAP is acting like thugs.
 
The crisis between Janice Lee, who were the State Legislative Seat holder for Teratai are getting worst ever since the 13th General Election.
 
A few days ago, Janice came to the DAP annual general meeting in Pandan without any invitation. She brought 11 more DAP members who were sacked from DAP. They were prevented to enter a seafood restaurant where the meeting was held.
 
However, at least 500 people who were there cheered Janice and booed DAP Selangor Chairperson, YB Teresa Kok and DAP Publicity Director, Tony Pua. The crowd also booed Kampung Tunku assemblymen YB Lau Weng San and the new Teratai state assemblymen Tiew Wey Keng.
 
Janice was sacked by the DAP in a dispute that saw a whole lot of accusations regarding a certain monetary fund being thrown at her. Janice was avoiding the accusation and challenge the DAP to prove it. However, DAP doesn’t even flinch at Janice’s challenge and that made the people hate the DAP even more.
 
Previously, Janice was known as a strong critic of the DAP administration, particularly in the matter of unprofessionalism and the party tends to give a one sided judgement on any issue.
 
As a spectator, we should praise Janice for having the strong will to prove her innocence and also her courage to criticize the party that has become a symbol of Chinese supremacy in Malaysia.   
 
Everything that is happening to Janice raised question as she is still hoping to stay with DAP. Janice is currently challenging her untimely discharge from the party. She said that it is illegal and she has all the rights to come to the meeting.
 
 
We do not understand why Janice is trying to fight for her membership in a party that is ruled by thugs and corrupted to the bone.
 
It seems that Janice is willing to leave the country at the hands of all of these thugs rather than giving it to the Barisan Nasional that is more just and considerate. The question is why Janice? Why?
 
Are they willing to be governed by thugs and gangsters as long as they are Chinese?

Wednesday 26 June 2013

Mungkinkah PKR Bertanding Kuala Besut?

KEMATIAN penyandang DUN Kuala Besut, Terengganu dari BN, Datuk Dr Abdul Rahman akibat kanser paru-paru pagi tadi telah membuka ruang kepada satu pilihanraya kecil diadakan di negeri tersebut dalam masa 60 hari dari sekarang.

Semasa PRU13 yang lepas, Allahyarham mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Sudah tentu persoalan yang menjadi tumpuan banyak pihak sekarang ialah, parti manakah yang akan mewakili pembangkang dalam pilihanraya kecil ini nanti?

Sumber memaklumkan penulis bahawa PKR telah menyatakan kepada PAS keinginannya untuk bertanding di kerusi tersebut setelah PAS gagal menawan kerusi tersebut, sekurang-kurangnya dalam 2 pilihanraya umum yang lepas.

Walaupun calon PAS dalam PRU13 yang lepas berjaya mengurang sedikit majoriti Allahyarham, tapi itu bukan petunjuk kekuatan PAS yang sebenar kerana Parlimen Besut itu secara keseluruhannya adalah kubu kuat UMNO sejak dulu lagi.

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Idris Jusuh adalah juga Menteri Pelajaran kedua disamping Tan Sri Mahyuddin Yassin.

Sejauh mana PAS akan bersetuju dengan cadangan tersebut, masih belum dapat dipastikan kerana PAS diketahui agak sukar untuk melepaskan kawasan tradisi parti tersebut kepada mana-mana parti komponen pembangkang yang lain.

Tapi dalam masa yang sama, PKR juga mempunyai asas untuk mencuba nasib di kawasan tersebut kerana keputusan PRU13 yang lepas menyaksikan kemerosotan pengaruh PAS di seluruh negara walaupun berjaya mengurangkan majoriti 2/3 BN di Terengganu.

Kenapa kita mempersoalkan parti permbangkang adalah kerana isu perebutan kerusi ini tidak wujud dalam BN kerana UMNO adalah satu-satunya parti Melayu dalam BN dan majoriti besar pengundi DUN Kuala Besut (99%) adalah terdiri daripada orang Melayu.

Syarikat Filipina Mana Bantu Black505?

BANYAK pihak pelik, dari mana Pakatan pembangkang memperolehi dana yang cukup banyak untuk membantu kempen pilihanraya mereka, selain menganjur begitu banyak program bagi membantah keputusan pilihanraya umum yang lepas.

Antaranya himpunan Blackout 505 yang baru lepas.

Semua itu memerlukan wang yang banyak.  Penginapan, tambang pergi balik, pengangkutan dan sebagainya tidak akan terjadi dengan sendiri kalau tidak dengan kuasa membeli (wang) yang besar.

Justeru, tidak hairanlah kenapa bila bekas Timbalan Presiden Indonesia, Jusof Kalla memberikan maklumat bahawa Anwar Ibrahim memperolehi dana yang cukup besar dari luar, antaranya dari sebuah syarikat besar Filipina, kita tidak terperanjat.

Cuma, yang menjadi persoalan sekarang, syarikat yang mana satu?

Sepanjang yang penulis tahu, tidak banyak syarikat Filipina yang beroperasi di Malaysia.  Kalau ada yang terbesar sekali ialah syarikat Petron Refining & Marketing Berhad (Petron) yang mengendalikan stesen minyak jenama Petron di negara ini.


Lain-lain itu mungkin ada, tapi penulis tidak pasti sama ada mereka mempunyai keupayaan kewangan yang besar untuk membantu kempen dan gerakan politik pasca PRU13 yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, dengan maklumat ini, pihak berkuasa Malaysia perlu menyiasat pembabitan pihak asing untuk membantu kempen pilihanraya pembangkang di negara ini.  

Bercakap tentang campur tangan pihak asing, telah banyak yang didedahkan sebelum ini berkenaan sumbangan pihak luar kepada pertubuhan yang ada kaitan dengan pembangkang (antaranya SUARAM), tapi kita tak nampak apa tindakan dari pihak berkuasa sehingga sekarang.

Adakah pihak pembangkang di negara ini bebas mendapat tajaan asing untuk membiayai aktiviti politik mereka?  Jika ya, apa pulak habuannya?  Adakah ada pihak yang cukup bodoh untuk mengeluarkan wang kepada pihak tertentu tanpa mengharapkan apa-apa balasan?

Kalau jawapannya ya, penulis nak sebut disini, kita bukan bodoh macam pengikut Anwar Ibrahim untuk percaya andaian sedemikian.

Blackout 505: Where have all the Chinese gone Mr. Lim Kit Siang?

Contrary to a few of the Blackout 505 road tour that was held previously, the numbers of Chinese participant in the grand finale of the Blackout 505 rally last Saturday was utterly disappointing.
 
It was reported that only 4% of Chinese were present at the rally that was attended by 10,000 to 30,000 people.
 
What worse is the participation of Indians that is less than 1%.
 
DAP needs to set the records straight as a party who are representing the Chinese community. Lim Kit Siang as the DAP advisor / emperor need to explain to other Pakatan Rakyat leaders how this atrocities could have happened?
 
Is it true that before this the Chinese was not satisfied with Anwar’s promise after the Chinese had given the Pakatan Rakyat 97% of their votes on the last general election but still the opposition coalition failed to secure enough seats for them to take over Putrajaya?
 
Is it the main reason for them not to attend last Saturday’s rally? Or it is because of the haze? We could never accept such excuse from DAP, as they were the ones who coined up the motto “lawan tetap lawan” which means the fight will go on. With a fierce motto like that, don’t you think a small hurdle such as the haze would be no problem for them?
 
In addition to that, Kit Siang’s and also DAP’s prodigal son Guan Eng did not show up at the rally. Previously they were bragging that this particular rally shall be recorded in history as the biggest rally of all time. But sadly, it won’t even make it to next week gossip column in their own pro-opposition newspaper.
 
The sad thing is, the rally has become a weak spot for Pakatan Rakyat. It is not a record breaking event, it is a DISASTER!
 
Looking at the current situation, we can conclude that the commitment of PR leaders on their version of democracy has dwindled. Their faith in the Pakatan Rakyat has faded, and it is a matter of time before they start to wrestle each other for power.
 
Maybe they are some Pakatan Rakyat leaders who are so distracted with their new found power as a MP or as an ADUN that they have forgotten their wayward ways of going to the streets and bickering with enforcement agencies. Or maybe the people (or Rakyat as they love to call it) are only a stepping stone for them to get their title as YBs.
 
 
What is worst is that, when dozens of Pakatan Rakyat supporters were stuffed inside a jail cell for trying to rammed the entrance of the parliament, their leaders who had won the election are cosily sipping a cup of tea with the Prime Minister of Malaysia that they hate. Just imagine that some of the supporters were lying in the middle of the streets while Anwar Ibrahim was trading funny stories with Najib Razak, a man that they consider as a mortal enemy.
 
 
We are not angry that they are comfortable with the hospitality of the Federal Government in the Parliament, but as a leader of a revolution/reformation/change, at least they have to respect those who are fighting for the ideas that they have planted in their supporter’s head. Elected representatives of the Pakatan Rakyat need to understand that they are seated comfortably in the parliament because of these people. It is wise for them to at least acknowledge these people's actions.

Tuesday 25 June 2013

Apa Penyakit SAMM?

SOLIDARITI Anak Muda Malaysia (SAMM) yang dipimpin Badrul Hisham Shaharin (CheguBard), seharusnya menjadi organisasi bukan kerajaan (NGO) pro Pakatan Rakyat yang tegar dan komited dalam perjuangan Pakatan Rakyat, terutama PKR.

Ia seharusnya menyaingi kalau tidak melebihi Unit Amal PAS yang sekarang berada pada dalam kelasnya yang tersendiri, malah ada yang menyamakan Unit Amal seperti skuad khas polis dan tentera, cuma tanpa menggunakan senjata.

Tapi entah kenapa, sejak pilihanraya umum berakhir, SAMM seakan menjadi pembangkang dalam pembangkang.  Tidak terkecuali dalam himpunan Sabtu lepas dimana SAMM 'mempersembahkan' poster-poster yang hampir kesemuanya bertujuan memalukan Pakatan Rakyat.

Apa sudah jadi?

Adakah benar SAMM terikut-ikut dengan kekecewaan CheguBard yang tewas bertanding di DUN Sungai Acheh akibat berlaku pertandingan 3 penjuru antara BN, PKR dan PAS?  Dikatakan, kalau pertandingan itu satu lawan satu (PR vs BN), CheguBard boleh merampas kerusi tersebut dari BN dengan mudah.

Cerita yang satu lagi menyebut, CheguBard kecewa dengan dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang secara tidak langsung mengaitkannya sebagai penjual pil kuda untuk mejustifikasikan sebab kenapa PAS meletakkan calon untuk bertanding di Sungai Acheh.

Bukan rahsia semasa kempen PRU13 yang lepas, CheguBard tidak berpuas hati dengan PAS yang masih menjalankan kempennya di Sungai Acheh walaupun telah diputuskan kemudiannya bahawa kerusi tersebut akan ditandingi oleh CheguBard dalam kompromi yang dijalankan antara parti dalam Pakatan Rakyat.

Itu yang kita lihat Sabtu lepas, kebanyakkan poster-poster yang disediakan SAMM adalah menyindir pimpinan PAS.

PAS yang jelas tidak berpuas hati dengan tindakan SAMM itu telah membuat laporan kepada pimpinan tinggi Pakatan Rakyat.

Sehingga bila SAMM mendirikan khemah dan cuba merempuh bangunan Parlimen semalam, tindakan itu tidak mendapat sokongan pimpinan Pakatan Rakyat, tak seperti beberapa siri 'perkhemahan' yang dianjurkan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Ini dibuktikan dengan hakikat bahawa tidak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang datang menjengok tapak perkhemahan dan peserta yang ditahan di balai polis,  memberi bantuan guaman dan sebagainya.

Lebih memalukan lagi, portal pro Pakatan Rakyat, The Malaysian Insider menyifatkan perkhemahan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan Pakatan Rakyat!!

Kita masih menanti kenyataan dari CheguBard dan pimpinan SAMM yang lain mengenai kekacauan yang berlaku semalam dan sama ada SAMM mempunyai kaitan dengannya.

Blackout 505: Kit Siang Perlu Jawab Kemana Orang Cina Menghilang?

BERLAWANAN dengan beberapa siri roadshow Himpunan Blackout 505 yang diadakan sebelum ini, jumlah kehadiran orang Cina dalam himpunan kemuncak Blackout 505 Sabtu lepas, adalah sangat-sangat mengecewakan.

Dikhabarkan hanya sekitar 4% sahaja orang Cina yang hadir pada himpunan yang rata-rata dihadiri antara 10,000 ke 30,000 orang tersebut.

Jumlah orang India jangan cakaplah, lagi teruk, kurang 1%.

Situasi ini menuntut jawapan dari DAP selaku parti yang bertanggungjawab ke atas orang Cina.  Lim Kit Siang selaku penasihat DAP perlu menjelaskan kepada pimpinan lain dalam Pakatan Rakyat kenapa perkara ini boleh berlaku?

Adakah benar dakwaan sebelum ini bahawa orang Cina tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar kenapa selepas 97% orang Cina memberi undi kepada Pakatan Rakyat pun, gabungan pembangkang itu masih gagal menawan Putrajaya?

Maka itu mereka membuat pilihan untuk tidak hadir dalam himpunan Sabtu lepas?  Atau masalahnya jerebu?  Penulis tidak boleh menerima alasan seumpama itu, sebabnya mudah saja, perjuangan apa yang kalah dengan asap dan habuk?

Tambah memburukkan keadaan, anak Kit Siang, Guan Eng pun tidak muncul pada hari tersebut.  Kesemua mereka ini ada golongan pengikut mereka yang tersendiri dan seharusnyalah jumlah kehadiran pada hari tersebut akan mencatat rekod dalam sejarah demokrasi negara kita.

Sekarang ini bukannya rekod, tapi bencana!!

Penulis melihat komitmen pimpinan Pakatan Rakyat terhadap perjuangan menegakkan demokrasi sebenar di negara ini sudah semakin berkurangan.  Tidak seperti waktu-waktu sebelum PRU13 yang sudah, semangat itu nampaknya semakin pudar.

Mungkinkah ada di antara yang sudah terlalu leka dengan jawatan sebagai Ahli Parlimen, ADUN dan sebagainya sehingga melupakan gerakan massa yang mendapat sokongan rakyat?  Atau rakyat hanya batu loncatan untuk masing-masing bergelar YB dan sebagainya sahaja?

Lebih teruk lagi, semalam, ketika ramai penyokong Pakatan Rakyat yang disumbat ke dalam tahanan kerana cuba merempuh bangunan Parlimen bagi membantah keputusan PRU13, pemimpin-pemimpin yang menang di dalam, bersenang lenang di Parlimen, minum kopi dengan Najib dan sebagainya.

Kita bukan marah mereka nak bersenang lenang, tapi hormatilah penyokong yang sedang bermati-matian berjuang di luar.  Lagipun, yang menghantar kesemua 89 Ahli Parlimen tersebut ke situ bukan orang lain, rakyat juga.

 

Pandikar Won: Proves That Barisan Nasional Is Stronger Than Ever

Opposition Chief, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tries to create a situation where it seems that amongst the BN parliament member there are a few that would jump ship to Pakatan Rakyat.
 
Everything started with the appointment ceremony where the opposition named former Federal Court Judge, Datuk Abdul Kadir Sulaiman as the opposition candidate, while BN named Tan Sri Pandikar Amin Mulia as theirs.
 
According to the rule of the lower house if there are two nominations for the post of Speaker, then an election must be held. The vote will be made in secret, and the winner will be announced as the new speaker of the Dewan Rakyat (Lower House). Nomination and election of house speaker was done since the independence of Malaya.  
 
The opposition started then started to question the serial number that was printed on the ballot paper saying that it is used to recognize which parliamentary member vote for who.
 
They created a perception that some of the BN parliamentary seat holders will vote for the Pakatan Rakyat candidate other than BN. They say that some of the party members were afraid that action will be taken by their respective party.
 
However, if there is no serial number, then they will question the authenticity of the ballot paper whether it is genuine or not. This is all a drama made by the Pakatan Rakyat that the Dewan Rakyat has to face. The opposition cannot accept defeat and acted like a sore loser to disrupt the whole proceedings.
 
Tan Sri Pandikar Amin Mulia won the Speaker's seat with 133 votes, and Datuk Kadir with 89 votes, with the number of seats equal to that of the winning seat of BN and PR.  
 
It shows that there are no cracks in the BN shell, and the PR still with their sore loser attitude.
 
Anwar must be so angry with the results!
 
He only needs one vote from the BN parliamentary members to vote for Datuk Kadir. With that one vote he will then travel the nation and say that BN is falling apart.
 
It seems that Anwar loses again. Maybe he should try harder next time. 

SKMM Special Squad will go to Taiwan to investigate the Red Bean Army

We have received information that the Communication and Multimedia Commission Malaysia have already dispatched a highly trained investigation team to Taiwan to investigate the operation of the notorious PR cyber trooper the Red Bean Army (RBA).
 
The SKMM received information that some the RBA operate mostly in Taiwan to avoid detection from the Malaysian government. The Red Bean Army is known for their vicious attacks against personalities and government agencies especially on racial issues. Similar to a terrorist cell network, the RBA attacks mainly on selected personalities and websites. We were informed by a trusted source that the Taiwan government knows the existence of the RBA in their country.
 
There are rumors saying that the Taiwanese government are also involved in funding the operation of the RBA. There is some truth in this story as some of the leaders in Taiwan are known to have a good relationship with a few of Malaysian opposition leaders.
 
However, the rumors cannot be confirmed.
 
The SKMM special investigation team will work with the Taiwan opposition party, The Kuomintang people’s party to gain access to reliable sources that will help their investigation later.
 
Other than that, the Kuomintang party will help the SKMM in locating the RBA operation office. The RBA will be tracked down and extradite to Malaysia where there will be prosecuted under the Malaysian law.
 
We hope that, anyone who are running the RBA will be caught by the SKMM and the Malaysian Royal Police to be brought to justice.
 
The RBA is a plague that will corrupt the minds of Malaysia and they cannot be ignored as it will disrupt the racial harmony in Malaysia. As we all know, the RBA usually uses extreme racial generalization in their attacks to spread the seed of hatred towards the Barisan Nasional and UMNO.

Monday 24 June 2013

SKMM Akan Ke Taiwan Dapatkan Maklumat Red Bean Army

SUMBER memaklumkan kepada penulis bahawa Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah menghantar sepasukan anggotanya ke Taiwan untuk menyiasat operasi Kumpulan tentera siber Pakatan Rakyat, Red Bean Army (RBA).

Ini berikutan dakwaan yang menyebut sebahagian besar operasi RBA untuk menghasut rakyat Malaysia dengan isu-isu perkauman di laman-laman sosial, adalah berpusat di Taiwan, malah dikatakan dalam pengetahuan kerajaan negara tersebut.

Ada juga dakwaan mengatakan kerajaan Taiwan sendiri turut terlibat membiayai operasi RBA ini berikutan hubungan baik antara beberapa pemimpin kerajaan itu dengan pemimpin pembangkang di Malaysia.

Dakwaan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan.

Justeru, pasukan SKMM dilapor akan bekerjasama dengan parti pembangkang Taiwan, parti Kuomintang bagi mendapatkan akses dan sumber yang lebih untuk membantu siasatan mereka nanti.

Selain itu, Parti Kuomintang akan membantu SKMM dalam mengenalpasti lokasi operasi RBA yang telah disasarkan oleh SKMM disini dan menjejak dalang yang melakukan kerja-kerja tersebut suapaya mereka boleh dibawa balik ke Malaysia untuk menghadapi tindakan undang-undang.

Penulis berharap, sesiapun yang menggerakkan Red Bean Army ini boleh ditangkap pihak polis agar tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka.

Tindakan seumpama itu yang digerakkan Red Bean Army, tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia boleh menganggu keharmonian kaum di Malaysia.  Seperti yang kita semua tahu, RBA menggunakan pendekatan perkauman melampau untuk menimbulkan kebencian terhadap BN dan UMNO.

Kemenangan Pandikar Bukti BN Bersatu


KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi, cuba menimbulkan satu suasana seolah-olah ada di kalangan ahli Parlimen BN yang akan berpaling tadah kepada Pakatan Rakyat.

Semuanya bermula dengan upacara melantik Speaker Dewan Rakyat dimana pakatan pembangkang menamakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai calon bagi Pakatan pembangkang, sementara BN pula menamakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Memandangkan ada 2 pencalonan, Setiausaha Dewan Rakyat memutuskan untuk mengadakan undi rahsia - proses biasa yang telah berjalan sejak merdeka lagi.

Disinilah pembangkang mula menimbulkan kekecohan dengan mempersoalkan nombor siri pada kertas undi tersebut dengan alasan nombor siri itu akan membolehkan pihak kerajaan mengenalpasti ahli Parlimen mana yang membuat undian bagi calon yang mana satu.

Seoalah-olah, ada ahli Parlimen BN yang mahu mengundi calon Speaker yang dicadangkan Pakatan Rakyat, tapi kerana adanya nombor siri itu, maka mereka tidak berani kerana takut dikenakan tindakan buang parti dan sebagainya.

Tapi kalau tanpa nombor siri pula, akan ada bangkangan juga.  Nanti dipersoalkan sama ada kertas undi tersebut adalah asli atau tidak!!  Ini semualah sandiwara yang terpaksa dihadapi kerajaan di Dewan Rakyat.  Pembangkang yang tidak boleh menerima kekalahan, akan mencari jalan bagaimana untuk menganggu kelancaran sidang.

Bagaimanapun, kemenangan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Speaker Dewan Rakyat membuktikan semua ahli Parlimen BN bersatu.  Pandikar Amin mendapat 133 undi dan Datuk Kadir sebanyak 89 undi - jumlah kerusi yang sama bagi masing-masing BN dan pembangkang.

Tidak ada sebarang kelainan, justeru, perpecahan di kalangan Ahli Parlimen BN yang diharapkan Pakatan Rakyat, tidak menjadi kenyataan.  Masing-masing mengundi calon yang ditetapkan oleh parti masing-masing.

Anwar pasti kecewa.  

Dia mahu kalau boleh satu undi sahaja menentang pencalonan Pandikar Amin dari BN, satu undi sudah cukup. Dengan satu undi itu nanti boleh menjadi isu politik yang penting untuk pembangkang.

Nampaknya hasrat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, tertangguh buat kesekian kalinya.