Wednesday 31 July 2013

ANWAR KECUT PERUT FITNAH SCORPENE MEMAKAN DIRI SENDIRI

Pendedahan Jasbir Singh Chahl mengenai penipuan pembangkang mengenai isu pembelian kapal selam Scorpene telah mendedahkan rancangan jahat mereka untuk memburuk-burukkan imej kerajaan di mata masyarakat antarabangsa.

Pengakuan beliau sebagai individu yang bertindak sebagai arkitek urusan jual beli Scorpene bahawa wanita Monggolia bernama Altantuya Shaariibuu tidak terlibat langsung dalam mana-mana aspek perbincangan perniagaan itu apath lagi mengenali beliau, sekaligus meranapkan pembohongan pembangkang selama ini.

Melalui pertubuhan haram, Suaram yang menjadi jurucakap Anwar Ibrahim, pembangkang telah menyebarkan pelbagai fitnah dan propaganda di seluruh negara dan juga luar negara untuk meraih keuntungan politik.

Altantuya telah dimangsakan oleh Anwar dan Suaram untuk mendapat simpati rakyat sejak beberapa tahun lalu.

Malah isu kematian wanita itu yang cuba dikaitkan dengan Scorpene telah dieksploitasi oleh Suaram untuk mengutip sebanyak dana mungkin daripada penyokong mereka yang ditipu bulat-bulat.

Ini tidak termasuk sumbangan dana dari organiasi antarabangsa yang pro-Yahudi seperti Open Society Institute kepunyaan penyangak matawang, George Soros. 

Isu Scorpene telah menjadi duri dalam daging sejak sekian lama kerana pembangkang telah berjaya mewujudkan persepsi negatif dalam perang saraf mereka terhadap kerajaan.

Bekas ahli parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang juga pernah menjadi peguam bela Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertama, membuat pendedahan dalam Dewan Rakyat satu ketika dahulu bahawa beliau diarah oleh Ketua Pembangkang untuk mengada-adakan bukti dalam kes pembunuhan Altantuya.

Anwar tidak berani menyaman Zulkifli walaupun beliau telah mengulangi kenyataan di luar parlimen berulang kali kerana tahu apa yang dikatakan adalah benar.

Walaupun Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan ketika itu telah memberi penjelasan rasmi panjang lebar di dalam Dewan Rakyat pada tahun 2009 lagi, fakta-fakta mengenai pembelian Scorpene telah diputarbelit oleh pembangkang secara licik.

Antara lain pembangkang menyebarkan tohmah kononnya Perdana Menteri serta isteri akan disapina oleh pihak berkuasa Perancis untuk disoal siasat berhubung pembunuhan Altantuya.

Suaram juga mendakwa Mahkamah 'Tribunal de Grande Instance' di Paris akan menjalankan perbicaraan mengenai penjualan kapal selam Scorpenen oleh anak syarikat kerajaan Perancis, DCNS.

Hakikatnya tidak ada sebarang usaha mahkamah Perancis menjurus kepada perbicaraan sebagaimana yang dinyatakan oleh bekas pendakwa kerajaan negara tersebut, Yves Charpenel.

Apabila pembohongan ini berjaya didedahkan, pemimpin PKR, Tian Chua dengan cepat menafikan beliau pernah mendakwa akan ada perbicaraan di Perancis.

Begitu juga dengan isu komisyen sebanyak yang kononnya telah dibayar oleh DCNS kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda.

Perimekar mempunyai pemilik ekuiti terdiri daripada KS Ombak Laut Sdn Bhd, LTAT dan juga Boustead.

Pembayaran yang diterima oleh Perimekar adalah bagi perkhidmatan logistik, latihan serta pengurusan sokongan dan koordinasi kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ini termasuk menyediakan tempat tinggal kepada 145 kakitangan dan 49 pegawai yang ditempatkan di Perancis dan juga Sepanyol.

Syarikat itu tidak pernah menerima komisyen bagi mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri atau isteri beliau kerana semua fakta di catat secara jelas di dalam laporan audit yang merekodkan jumlah keuntungan selepas cukai bagi syarikat itu sebanyak RM105,111,191.

Dalam ertikata lain pembayaran yang diterima Perimekar adalah bagi servis yabg disediakan kepada TLDM dan bukannya komisyen seperti yang dicanang oleh pembangkang.

Ini selari dan konsisten dengan penjelasan Ahmad Zahid yang menegaskan bahawa Kementerian Pertahanan tidak pernah membayar sebarang komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana syarikat dalam perolehan kapal selam Scorpene.

"Kenyataan Anggota Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli daripada Syarikat Thales International adalah tidak benar," kata beliau ketika menjawab isu Scorpene yang dibangkitkan oleh Nurul Izzah Anwar di Parlimen pada tahun 2009.

Selain itu menteri turut menegaskan kementerian tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai dakwaan penjualan dokumen yang dikatakan rahsia oleh Syarikat Terarasi (Hong Kong) kepada Syarikat Thint Asia yang didakwa bernilai 36 juta euro.

"Kementerian juga tidak mempunyai maklumat dakwaan bayaran secara berkala daripada Thint Asia kepada Syarikat Terarasi," tegas beliau.

Kenyataan Jasbir baru-baru ini telah membersihkan nama kerajaan Malaysia dalam skandal khayalan ciptaan Suaram dan diangkat oleh pembangkang sebagai satu senjata politik utama mereka.

Jelas Jasbir lagi, pekerjaan Altantuya bukan sebagai seorang penterjemah bahasa Perancis sebagaimana dakwaan pembangkang malah penguasaannya dalam bahasa Perancis juga dipertikaikan.

Syarikat DCNS yang membekal 2 buah kapal selam Scorpene kepada kerajaan adalah sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia dan segala urusan antarabangsanya dengan syarikat termasuk dari Malaysia menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan dan bukannya bahasa Perancis.

Oleh kerana tidak perlu mengambil khidmat seorang juru bahasa dan sekiranya diperlukan sekali pun apakah alasan untuk menggunakan perantaraan seorang wanita dari Mongolia?

Malah dokumen rasmi dari pihak polis Perancis  mengesahkan wanita itu tidak pernah memasuki negara itu antara tahun 1999 hingga 2006.

Tetapi pembangkang telah memesongkan fakta dengan mengedit gambar-gambar Altantuya untuk menunjukkan beliau berada di bumi Perancis bagi mengguatkan pembohongan mereka.

Individu-individu yang terlibat dalam urusan pembelian Scorpene juga mengaku tidak pernah berjumpa dengan wanita Mongolia itu, jauh sekali terlibat dalam perbincangan mengenai urusniaga tersebut antara tahun 2000 hingga 2002.

Malah Abdul Razak Baginda,  yang didakwa rapat dengan Perdana Menteri, dikatakan hanya bertemu Altantuya pada tahun 2004.

Altantuya dibunuh pada tahun 2006 setelah cebisan mayatnya ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor pada 7 November tahun itu, 17 hari selepas kehilangannya  dilaporkan kepada pihak polis.

Bagaimana pula pembangkang boleh mendakwa wanita itu mengambil bahagian dalam urusan perbincangan Scorpene awal daripada 2004?

Jelas isu Scorpene telah diwujudkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya menggunakan platform Suaram untuk menggugat kewibawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan tetapi kini tiba giliran pembangkang pula untuk menerima tempias daripada segala fitnah dan onar mereka lakukan selama ini.


Monday 29 July 2013

Contohi Fadzil Noor pecat ahli parti anuti Syiah

PERMATANG PAUH 28 Julai - Pas perlu memecat ahlinya yang berfahaman Syiah tanpa mengira jawatan yang disandang dalam parti seperti yang pernah dilaksanakan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Mohd. Noor semasa menjadi Presiden parti itu.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Mazlan Ismail berkata, tindakan tegas sedemikian wajar bagi membersihkan parti daripada penularan fahaman Syiah.

Selain itu tegasnya, Pas juga perlu memperjelaskan pendiriannya berhubung isu berkenaan.

"Kalau terus berdiam diri tanpa sebarang pendirian, seolah-olah Pas meredai fahaman Syiah.

"Kalau dahulu pada zaman Allahyarham Datuk Fadzil Mohd. Noor, beliau mengambil tindakan tegas terhadap ahli yang terlibat dengan memecat mereka tanpa mengira apa jawatan yang disandang dalam parti,'' katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah Ihya Ramadan di Darul Wehdah di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, Pas perlu kembali bertegas dalam hal tersebut demi membersihkan parti daripada penularan fahaman dan pengikut Syiah.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan dua pemimpin sebuah parti politik dikenal pasti sebagai orang yang bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan fahaman Syiah di negara ini.

Mazlan menambah, langkah memerangi fahaman Syiah adalah penting bagi menjamin akidah dan perpaduan umat Islam di negara ini tidak terpesong.

Katanya, beliau amat menghormati tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang mendahului untuk mewartakan Syiah sebagai fahaman sesat.

Pada perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, isu Syiah dalam Pas akan dibangkitkan setiap dua tahun sekali iaitu apabila tiba waktu pemilihan parti sebagai 'modal' untuk menjatuhkan pemimpin tertentu yang dikatakan mengamalkan fahaman berkenaan.

Jelasnya, keadaan tersebut berlaku sejak beliau masih dalam Pergerakan Pemuda Pas iaitu sebelum tahun 2000.

"Dari zaman saya dalam Pemuda, isu Syiah telah dibangkitkan dan masalah berkaitan fahaman ini dalam kalangan ahli Pas juga telah lama wujud.

"Isu ini biasanya senyap seketika tetapi setiap dua tahun sekali apabila tiba waktu pemilihan akan kembali berbunyi dan dimainkan pihak-pihak tertentu dalam usaha menjatuhkan beberapa pemimpin yang sering dikaitkan dengan fahaman tersebut," ujarnya.

KUALA LUMPUR - Filem kontroversi The New Village yang dijadualkan ditayang pada 22 Ogos depan, ditangguhkan sementara Lembaga Penapisan Filem (LPF) menjalankan penelitian plot dan jalan cerita serta mesej tersembunyi di dalam filem itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, filem tersebut dikatakan memuatkan unsur-unsur komunisme dalam beberapa babak selepas dibangkitkan dalam blog tempatan, http://mymassa.blogspot.com.

Justeru katanya, kerajaan memandang serius perkara tersebut kerana dilaporkan filem itu terlalu mengagung-agungkan perjuangan haluan kiri Parti Komunis Malaya (PKM) pada zaman pemerintahan British.

"Beberapa penulisan dalam media sosial mempersoalkan bahawa filem tersebut mempromosi perjuangan haluan kiri PKM dan kita tidak mahu perkara ini menimbulkan isu sensitif lebih-lebih lagi filem itu dijadual akan disiarkan menjelang hari kemerdekaan negara.

"Jadi kerajaan mengarahkan agar penayangan filem itu ditangguhkan dan mengarahkan LPF yang berada di bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri untuk mengadakan penelitian semula," katanya kepada pemberita dalam majlis berbuka puasa di Kompleks Jabatan Penjara Sungai Buloh dekat sini hari ini.

The New Village diarahkan oleh Wong Kew Lit dan diterbitkan oleh Astro Shaw berkisar tentang darurat di Tanah Melayu pada 1949 serta mempaparkan PKM dan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan.

Ahmad Zahid berkata, tarikh penayangan filem itu akan diumumkan sejurus selepas penilaian kedua ke atas filem tersebut selesai dijalankan.

"Kementerian Dalam Negeri tidak akan teragak-agak untuk membatalkan kelulusan tayangan filem tersebut sekiranya mengandungi babak yang memaparkan elemen komunisme yang terlalu kuat sehingga merendahkan pengorbanan anggota keselamatan negara.

"Tindakan ini adalah untuk mengadili setiap pendapat orang ramai dan jika tayangan filem ini diteruskan, saya percaya akan menjadi kontroversi," katanya lagi.

Menurut Ahmad Zahid, berdasarkan rekod kementerian, permohonan untuk tapisan filem tersebut diterima pada 4 September tahun lalu oleh tiga ahli panel dari LPF sebelum diluluskan tiga hari selepas itu.

Katanya, LPF sebelum ini meluluskan penayangan filem tersebut kerana ahli panel penapis merasakan bahawa babak yang terdapat di dalam filem tersebut mengandungi aksi yang tidak keterlaluan dan perlu dikekalkan untuk menjaga kesinambungan jalan cerita.

Saturday 27 July 2013

Menyanggah Cerita Dongeng Skandal Kapal Selam Scorpene

Pada tahun 1984, seorang ejen insuran dari Baltimore, Maryland, telah menerbitkan sebuah buku novel fiksyen berkenaan seorang komander kapal selam Russia yang ingin belot kepada negaranya dan memihak kepada Amerika Syarikat. Cerita tersebut memaparkan bahawa kapal selam Russia itu merupakan kapal nuklear tercanggih pada zamannya.

“The Hunt For Red October” judul cerita fiksyen tersebut adalah “kononnya” diinspirasikan oleh kejadian sebenar yang berlaku pada tahun 1975 di atas kapal pemusnah Russia Storozhevoy dan menjadi novel pertama Tom Clancy di peringkat antarabangsa. Presiden Ronald Reagan pada ketika itu menggelarkannya sebagai sebuah cerita dongeng yang hebat.

Di Malaysia pula, kisah kapal selam juga merupakan dongengan yang sering diputarkan oleh beberapa pihak.
Pada tahun 2010, Suara Hak Asasi Manusia (Suaram) telah menfailkan tuduhan di mahkamah Perancis, menyatakan bahawa firma perniagaan Perancis yang bernama DCNS telah membayar RM 452 juta sebagai rasuah kepada pegawai kerajaan Malaysia untuk mendapatkan satu kontrak. Tuduhan ini telah menjadi salah satu rentetan tuduhan melampau berkenaan isu Scorpene sehingga melibatkan beberapa pihak yang pada logiknya tidak ada kene mengena dengan hal tersebut.


Bertahun sudah berlalu dan satu jaringan teori konspirasi telah dianyam dan akhirnya kaitan berkenaan perjanjian jual beli kapal selam itu dan Altantuya telah dikaitkan hanya melalui teori. Oleh itu, jangan terkejut sekiranya cerita teori konspirasi ini sealiran dengan mana-mana filem Hollywood. Ini kerana dek penangan pemikir-pemikir tertentu berkenaan teori Altantuya dan Scorpene, maka timbullah cerita berkenaan korupsi, penipuan, seks dan pembunuhan.

April lalu, satu laporan daripada media arus perdana Sepanyol dan Perancis telah mempersoalkan tindakan taksub dan gila Suaram berkenaan kes tersebut, sehingga media mereka menyifatkan sistem mahkamah Perancis telah dipermain-mainkan oleh Suaram dan konco-konco mereka. Jumaat lepas, Suaram telah mengadakan aktiviti mengutip derma, lantas fitnah dan tuduhan baru pula dilemparkan kepada Kerajaan Malaysia.

Selepas beberapa bulan mencuba, akhbar New Straits Times telah berjaya mendapat satu temubual dengan seorang individu yang menjadi penggerak kepada perjanjian Scorpene ini. Bukan mudah untuk mendapat peluang menemubual individu tersebut. Temubual bersama Jasbir Singh Chahl ini diharap dapat membuka mata seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahui tentang kebenaran isu Scorpene.

Sebelum perjumpaan ini dilakukan, Chahl telah menolak untuk membuat apa-apa kenyataan berkenaan kes ini, beliau bimbang akan dikenakan tindakan menghina mahkamah. Sepanjang ini, beliau telah berhubungan dengan pihak penguatkuasa Perancis dan para penyiasat dimana beliau mempunyai bukti untuk setiap kenyataan yang dikeluarkannya.

Semasa berkunjung kerumah beliau, yang terletak ditengah-tengah Kuala Lumpur, lelaki yang dibesarkan dengan pendidikan Inggeris ini terhenti seketika semasa menyusun cawan-cawan teh yang berada di depannya dan berkata “Saya berani bersumpah di bawah buku suci Guru Granth Sahib, yang saya tidak tahu dan tidak kenal perempuan tersebut, dan dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan kami, saya tidak pernah melihat dia, dan dia tidak berada di Perancis pada masa itu, iaitu semasa kami sedang berusaha untuk mendapatkan perjanjian terbaik untuk Malaysia. Saya hanya tahu berkenaan beliau apabila surat khabar menyiarkan berita bahawa mayat beliau telah dijumpai”.
Salah satu daripada cerita dongeng yang telah dijaja dan diterima oleh sebahagian rakyat Malaysia ialah cerita kononnya Altantuya adalah seorang penterjemah kepada Abdul Razak Bagnda yang juga telah membantu Chahl untuk mendapatkan projek tersebut.

Perbincangan bermula pada tahun 2000 dan persetujuan telah berjaya dicapai pada tahun 2002. Jikalau benar Altantuya adalah penterjemah Razak Baginda, maka beliau sepatutnya hadir dalam semua mesyuarat sejak tahun 2000.

Akan tetapi, di dalam dokumen rasmi kerajaan Perancis yang telah diberikan kepada New Straits Times, Polis Perancis telah menyatakan bahawa Altantuya tidak pernah datang ke Perancis dari tahun 1999 hingga 2006.

Sedangkan sebahagian perjumpaan berkenaan Scorpene telah diadakan di Perancis dan sebahagiannya di Malaysia.
Semua dokumen untuk perjanjian adalah dalam Bahasa Inggeris, “Ini bukanlah sesuatu yang saya katakan, tetapi ianya adalah yang dikatakan oleh pihak berkuasa Perancis, polis Perancis dan badan siasatan kehakiman Perancis.”


Mengikut keterangan yang dibuat oleh Razak Baginda di dalam mahkamah, beliau hanya berjumpa dengan Altantuya pada lewat tahun 2004. Perjanjian Scorpene telah dirumuskan pada tahun 2002. Satu lagi tuduhan yang dibuat oleh pro-pembangkang adalah disebabkan oleh pemahaman terhadap Gallic dan cara perlaksanaan syarikat Perancis DCNS menjalankan perniagaan mereka di seluruh dunia.

Pihak pro-pembangkang menyatakan kononya kerana DCNS adalah syarikat Perancis, maka perjanjian yang diadakan mesti dilakukan dalam bahasa Perancis. Sedangkan di dalam bidang perniagaan pertahanan, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perantara.

Tambahan dengan itu, pasukan Perancis diketuai oleh seorang lelaki Inggeris yang bernama Martin Hill, yang juga fasih berbahasa Perancis. Sekiranya, pasukan mereka memerlukan penterjemah, mereka tidak perlu menggunakan khidmat penterjemah luar, dan pastinya bukan seorang Mongolia yang tidak diketahui asal usulnya.

Di dalam satu kenyataan kepada pihak berkuasa Perancis pada tahun 2010, bekas pengurus pemasaran DCNS untuk Malaysia dan SIngapura pada ketika itu, Fredric Faura, telah memberitahu para penyiasat bahawa tidak perlu untuk mendapatkan khidmat penterjemah kerana rakyat Malaysia fasih berbahasa Inggeris.

“Anda bertanya kepada saya mengapa blog-blog mengatakan bahawa budak perempuan ini (Altantuya) ada kaitan dengan Razak Baginda. Anda perlu bertanya kepada penulis blog-blog tersebut”.

Chahl juga berpendapat bahawa mengapa tiada pihak yang mempersoalkan kredibiliti pihak pembangkang yang telah memaparkan sekeping gambar palsu (yang mereka juga akui sebagai palsu) kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Ini semuanya, adalah masalah peribadi antara Razak Baginda dan Altantuya. Apa sahaja isu antara Razak dan Altantuya tiada kaitan dengan perjanjian Scorpene. Adalah malang untuk kita semua, hal yang berlaku antara mereka berdua dikaitkan dengan perjanjian kapal selam tersebut. Razak Baginda merupakan satu-satunya perkara yang mengaitkan kedua-dua isu tersebut. Walaupun pada asasnya hal Altantuya adalah hal peribadi Razak dan bukannya orang lain”.

Siapakah Jasbir Singh Chahl?

Jasbir Singh Chahl telah memulakan kerjaya beliau di dalam bidang pertahanan, industri minyak dan gas pada umur yang begitu muda. Semasa beliau berumur 20an beliau telah bekerja di London bersama sebuah firma Timur Tengah yang pakar dalam bidang pertahanan dan pembangunan. Disana beliau diberikan tugas untuk memastikan perjanjian yang bernilai jutaan dollar berjaya dimeterai.

Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan kontraktor dari Eropah dan di seluruh dunia. Apabila beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1981 beliau amat dikenali di arena korporat Malaysia. Pada tahun 1996 hingga 1998, Chahl bekerja dengan Thomson-CSF International (M) Sdn Bhd, France’s Thomson-CSF (sekarang Thales), Offshore Patrol Vessels (OPV) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia, selain itu beliau juga banyak terlibat di dalam projek berkenaan pertahanan Malaysia.

Hubungan beliau dan Thomson-CSF bertaut semula apabila syarikat tersebut memerlukan kepakaran beliau dalam pembangunan strategik dan maklumat yang boleh digunakan untuk kepentingan Kerajaan Malaysia di dalam beberapa projek pertahanan. Semasa perbincangan inilah, syarikat tersebut telah mengusulkan untuk memberi fokus kepada penjualan kapal selam di Malaysia.

Ini merupakan sesuatu yang syarikat tersebut telah usahakan selama sedekad tetapi mereka tidak berjaya menyaksikan apa-apa perkembangan. Syarikat tersebut berpendapat bahawa masa yang sesuai merupakan satu perkara yang penting untuk dipertimbangkan. Kesemua pihak termasuk TLDM telah berbincang untuk menganalisa, menilai dan membangunkan cadangan untuk membekalkan kapal selam kepada Malaysia, yang menjadi titik tolak kepada pembelian kapal selam Scorpene.

‘Semuanya telah diaudit’

SATU daripada isu utama di dalam perjanjian kapal selam Scorpene adalah berkaitan dengan perkataan “komisyen”.
Khususnya, 115 juta Euro (RM452 juta) yang telah dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengetuai logistik dan latihan pegawai-pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Dan Jasbir Singh Chahl mempunyai masalah besar dengan itu.

“Jumlah itu sebenarnya adalah untuk servis yuran pentadbiran, “ kata Chahl dengan nada geram dan marahk.
Para pengkritik telah berjaya untuk menjadikannya hujah yang mudah untuk menunjukkan contoh ketamakan tidak terbatas; bahawa ia telah berjaya ke tahap yang tertentu, dalam melukiskan gambar yang wang telah dibayar ke tangan pegawai-pegawai kerajaan dan syarikat-syarikat sebagai pemudah cara. Perkara ini membuatkan Chahl merasa jelek.

Untuk makluman, Perimekar, iatu sebuah syarikat yang telah diaudit, dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, tabung pencen Tentera Laut, LTAT, dan syarikat industri, Boustead di mana kedua-duanya juga telah diaudit.
Yuran tersebut merangkumi pentadbiran projek dan servis-servis integrasi projek, menyelaraskan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam program penyertaan industri, termasuk di dalam penyediaan perkhidmatan semasa fasa pembinaan dan memantau prestasi syarikat yang terlibat.

Ia juga membantu kontraktor utama mematuhi semua undang-undang dan tatacara yang berhubungan dengan pemberian kontrak tempatan, menyelaras dan memantau latihan anggota TLDM selaras dengan kontrak utama dan selaras dengan harapan kerajaan Malaysian dan TLDM. Ini juga termasuk menyediakan laporan bulanan bagi semua perkara di atas.
Sebahagian besar daripada yuran tersebut adalah untuk penyediaan penginapan dan semua perkhidmatan yang diperlukan untuk latihan kakitangan TLDM dan keluarga mereka di Brest, Perancis, dan Sepanyol, untuk jangkamasa enam tahun, termasuklah premium insurans kesihatan dan elaun harian minima 50 Euro setiap seorang. Kos-kos lain termasuklah kos perjalanan pulang ke Malaysia sebanyak tiga kali setahun. Kesemua 145 anggota TLDM, termasuklah 49 pegawai dan tanggungan mereka dirangkumi oleh yuran ini.
“Kita telah difitnah untuk dilihat sebagai orang yang mengaut keuntungan, dan goyang kaki, sedangkan pada hakikatnya, terdapat banyak kerja keras yang telah dilakukan,” kata Chahl.

Untuk makluman, keuntungan Perimekar selepas cukai adalah sebanyak RM105,111,191.

“Tawaran komersial tersebut adalah menarik kerana keunggulan program penyertaan industri yang telah kita hasilkan. Program jualbeli dan “offset” yang kami tawarkan sebagai sebahagian daripada keseluruhan tawaran juga berpihak kepada kita.”

“Berdasarkan kekuatan dan kelebihan komersial cadangan itu, kita tidak perlu untuk melobi sesiapa untuk mempengaruhi proses penilaian komersial. Tidak ada sebab untuk kami berbuat demikian.”
“Scorpene merupakan kapal selam tanpa nuklear terbaik yang telah negara kita pilih”.

Terjemahan dari NST 27 Julai 2013

Thursday 18 July 2013

EKSLUSIF PRK Kuala Besut!! Bodoh? Tak Mengapa, Jadi Kroni PAS


BUKAN rahsia calon PAS di DUN Kuala Besut Endut@Azlan Yusof ini adalah kroni seorang pemimpin PAS Kelantan yang dulu jadi ahli Exco tapi kini tidak lagi.  Malah pemilihannya sebagai calon di kawasan ini juga dikaitkan dengan hubungannya dengan pemimpin berkenaan.

Bukan juga rahsia, calon ini kaya raya hasil perniagaan yang berjaya dalam tempoh yang sangat singkat walaupun dia sendiri kurang dari segi pendidikan.

Dengan perniagaan yang bermacam-macam, dari pemaju perumahan sehingga kepada kilang dan konsesi balak yang dimilikinya, Azlan bolehlah dianggap sebagai antara 'kejayaan' PAS menghasilkan kroni mereka sendiri walaupun benda yang sama sering dituduh kepada UMNO.

Kita tidak tahu apa latar belakang Azlan dalam bidang perniagaan.  Tapi yang nyata, dia mendapat projek bernilai berpuluh juta ringgit dari Yayasan Islam Kelantan dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sejak tahun 2005.

Paling besar ialah projek perumahan di Kok Lanas tahun lepas (2012), bernilai lebih RM 16 juta (sila rujuk gambar di atas).

Dan ini semua hanya satu dari pelbagai jenis perniagaan Azlan, dia masih lagi mempunyai sebuah kilang balak di Tunjung, Kelantan.


Memiliki kilang balak bermaksud, Azlan juga mempunyai konsesi balak dengan kerajaan negeri kerana mengikut peraturannya, pengusaha kilang balak berpeluang cerah mendapat konsesi balak berbanding dengan yang tidak mempunyai kilang.

Sudah tentu ini semua tidak mampu diperolehinya kalau tidak kerana hubungan baiknya dengan pemimpin-pemimpin PAS Kelantan.  Pemimpin yang mana satu, penulis tidak mahu meneka tapi rasanya semua orang tahu.

Pengajaran dari pencalonan Azlan ini ialah, kroni, projek dan sebagainya yang sering dituduhkan kepada UMNO dulu, kini terang-terang sudah berlaku dalam PAS jugak.  Maksud disitu, kena guna modal lainlah lepas ini.

Azhar Idrus Vs Al-Azhar Scholar: PAS Is In Love With A Youtube Celebrity



According to history, PAS was built by youngsters who were educated from renowned Islamic universities like Al-Azhar and such. This is to become the pillar of the party that supposed to uphold Islamic values.

Sadly, the contributions of Al-Azhar as a cesspool of future PAS leaders are being marred by the advancement of technology. Currently, the responsibility of Ulama’ in the party are taken over by individuals who are only able to talk a lot about religion, and has the ability to hold a stand up comedy show at the same time.

Ironically, the popularity that is overwhelming PAS’s ulama’s from Al-Azhar is also an Azhar, or better known by his full name Azhar Idrus.

The popularity of reality shows especially on comedic skills is used fully by Azhar Idrus to expose himself in the same way but by using the Youtube as a medium and a little bit of religious knowledge that he have as an early start.

However, his planned works and he steadily increase the numbers of supporters challenging the numbers of PAS ulama’s who is more educated like Harun Din, Harun Taib and Nik Aziz.

The fact of the matter is the person who supports Azhar Idrus are not looking for religion, but they are looking for religion that is the comedic version of religion.

That is one of the reason why PAS ulama’ are not popular in ceramah anymore, Azhar Idrus is more popular even though he has no formal education in Islamic teaching, just the fact that he claimed he studied with a few Islamic teachers.

It is not puzzling why he campaigned for PAS in the Kuala Besut by-election (Malays are the majority) as what is happening now. Pas is using Azhar Idrus for the benefit of the party and they are ready to kick out Al-Azhar’s scholar that is filled in the party.

What important to PAS is to win the election; they will take whatever way for them to ensure that they win the election. PAS is actually ready to kick out the religious scholar’s faction in the party.

It is more shocking to know the fact that Azhar Idrus has already taken the ‘key’ to heaven and hell from Nik Aziz when he made statement regarding things that can only be judge by Allah.

He is not even Ulama’, he is just an ordinary preacher, but he dared to say who will go to heaven and hell.

Apapun, itulah realiti sebenar yang berlaku dalam PAS sekarang.  Banyak cacamarba berlaku dalam PAS sebelum ini, cuma penulis tak sangka diakhirnya, PAS akan berkiblatkan penceramah Youtube juga.

Whatever it is, the reality is, there is a war brewing in PAS right now. PAS is choosing Youtube star instead of a genuine Islamic scholar. The party is at the brink of destruction.

Wednesday 17 July 2013

Pengganas Kristian Semakin Bermaharajalela Di Malaysia

SERANGAN bertalu-talu ke atas agama Islam di negara kita ini oleh pihak yang ada kaitan dengan agama Kristian, membuatkan penulis terfikir sama ada semua ini satu tindakan terancang atau pun terjadi secara kebetulan.

Bermula dengan penghinaan ke atas bulan Ramadhan oleh pasangan Vivian Lee dan Alvin Tan (keduanya beragama Kristian) sehinggalah kepada sokongan terbuka Duta Vatican City Joseph Marino terhadap penggunaan kalimah Allah di dalam Bible, nampak macam ada cubaan sistematik ke atas agama Islam di negara kita yang didalangi pihak-pihak tertentu.

Walaupun mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ini, tapi penulis menyifatkan semua tindakan ini adalah satu serangan oleh golongan pelampau Kristian terhadap institusi dan umat Islam di negara kita.

Alvin, Vivian dan Marino mungkin tidak sedar tapi mereka sebenarnya adalah pengganas Kristian yang cuba mengganggu gugat keharmonian rakyat dan keselamatan negara kita.  Betul mereka tidak meledakkan sebarang bom tapi dengan mempersendakan agama Islam di bulan Ramadhan ini, ia lebih teruk dari meletupkan bom pun.

Menyokong pendapat tersebut, tindakan menculik dan pukul terhadap seorang pemuda Cina yang dipercayai ada kaitan dengan tindak balas atas perlakuan Alvin, Vivian (mungkin Morino) yang berlaku baru-baru ini, adalah bukti jelas kepada apa yang penulis nyatakan di atas.

Sayugia diingatkan, penulis tidak sama sekali menuduh atau mengatakan semua orang Kristian di negara ini terlibat.  Penulis merasakan ada golongan tertentu dari kalangan penganut agama tersebut yang cuba mencetus perbalahan dengan mengusik sensitiviti umat Islam.

Bila ada tindak balas, maka rantaian tindak balas yang seterusnya akan berlaku dan diakhirnya negara kita tidak akan berada dalam keadaan yang aman.  Inilah yang dimahukan oleh pihak-pihak yang memperalatkan satu dua jiwa yang tidak tenteram untuk kepentingan politik mereka.

Dalam kes Marino, dia diperalatkan oleh Pakatan Rakyat dalam isu tersebut kerana kita tahu di negara ini hanya Pakatan Rakyat sahaja yang menyokong penuh penggunaan nama Allah di dalam kitab Bible berbahasa Melayu.

Penulis bagaimanapun yakin pihak berkuasa negara kita sentiasa memantau keadaan ini dan mengambil tindakan keras sekiranya ancaman dari pengganas Kristian ini memang benar-benar wujud.

Christian Terrorist Is Terrorizing Malaysia


It can’t be denied that the constant attacks on the Islamic faith in Malaysia are linked with the Christians. It made us think that it may be a planned move on some of the Christian group probably the Catholics and we are sure that it is not just a coincidence.

It started with the mocking of the holy month of Ramadan by the notorious couple Vivian Lee and Alvin Tan (of whom both are Christians) to the open support by the Vatican City Ambassador, Father Joseph Marino on the usage of the word “Allah” on the Bible. It seems that there systematic attacks on Islam and someone is behind it.

Even though there are a lot of people agree with this statement, we believe that all of the acts done by these attackers are those who belong to Christian extremist. The attacks are targeted to the Islamic institution and Muslims all over our country.

Alvin, Vivian and Marino probably do not understand this but they are actually Christian terrorist who are trying to distrupt the peace and harmony of our country. Yes, they did not organized a car bombing or trying taking hostage in a building but their act of mocking the Muslims in the month of Ramadan is much more dangerous than blowing up something.

Recently a young Chinese Christian was kidnapped and beaten was said to have been the retaliation from the act of Alvin, Vivian (and maybe Morino). The incident is correlated and evidently the retaliation came not long after all of the parties involved in mocking the Islamic faith was made public.

We are not saying that all Christians are involved in these acts of terror. We believe that there are a group of people among the Christians are trying to create a difficult situation between the two most influential religions in the world, which is Islam and Christianity.

When there are attacks, there must be a counter attack and finally the country will be in a state of fear. This is what some of these people wants; they are trying to play with fire that can burn us all.
In the Marino case, he was played by the Pakatan Rakyat in the issue because he knows that in this country only the Pakatan Rakyat choses to support the idea of using the word “Allah” in the Malays version of the bible.

We believe that, the authorities in this country are alert with this situation and they will do their best to counter the attacks from Christian terrorist if they actually exist.

Antara Ulama Al-Azhar & Azhar Youtube, PAS Pilih Azhar Youtube

SEJARAHNYA, PAS ditegakkan oleh golongan muda Islam yang di didik dari Universiti ternama Islam seperti Al-Azhar dan sebagainya.  Ini bagi menyokong latar belakang parti tersebut sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Malangnya, sumbangan Al-Azhar sebagai lubuk kelahiran pemimpin-pemimpin PAS, semakin dihakis dengan perkembangan zaman dan teknologi semasa.  Mutakhir ini, peranan ulama sedia ada dalam parti tersebut juga sudah diambil alih oleh manusia yang hanya pandai bercakap sedikit tentang agama, tapi lebih banyak membuat lawak dalam masa yang sama.

Ironinya, populariti yang sedang mengatasi peranan semua ulama-ulama muktabar PAS lulusan Al-Azhar ini ialah Azhar juga, tapi Azhar Idrus.  

Peningkatan populariti rancangan realiti berkaitan lawak dimanfaatkan sepenuhnya oleh Azhar Idrus untuk menonjolkan dirinya dengan cara yang sama tapi menggunakan medium Youtube dan sedikit pengetahuan agama sebagai modal permulaan.

Tapi ternyata pendekatan itu berjaya buat Azhar Idrus sehinggakan jumlah kehadiran dalam ceramahnya, mengatasi jumlah kehadiran dalam ceramah para ulama PAS yang jauh lebih tinggi pendidikan dan pengetahuan agamanya seperti Harun Din, Harun Taib dan Nik Aziz sekalipun.

Hakikatnya, yang dicari orang bukan ilmu agama tapi ilmu agama yang dilawakkan. 

Sebab itu ceramah ulama PAS yang disebutkan di atas tidak laku, Azhar Idrus juga yang laku walaupun dia tidak ada pendidikan formal dalam pengajian Islam, setakat mengaku bertalaqi dengan beberapa guru agama sahaja.

Maka itu tidak hairanlah kenapa dalam kempen PAS di pilihanraya kecil DUN Kuala Besut (majoriti besar Melayu) yang sedang berlangsung sekarang, PAS menggunakan sepenuhnya Azhar Idrus untuk kepentingan parti tersebut dan meminggirkan para ulama lulusan Al-Azhar yang bersepah dalam parti itu.

Yang penting pada PAS ialah menang pilihanraya, apa cara pun yang boleh menyumbang kepada kemenangan tersebut akan digunakan sepenuhnya oleh PAS walaupun bermaksud meminggirkan golongan ulama sendiri.

Lebih mengejutkan penulis, Azhar juga sekarang sudah mengambil alih 'kunci' syurga dan neraka dari Nik Aziz apabila dengan selamba mengeluarkan kenyataan-kenyataan berkaitan dengan perkara tersebut yang hanya layak ditentukan oleh Allah swt sahaja.

Dia bukan ulama pun, hanya penceramah biasa sahaja tapi dah berani menentukan siapa masuk syurga dan neraka?

Apapun, itulah realiti sebenar yang berlaku dalam PAS sekarang.  Banyak cacamarba berlaku dalam PAS sebelum ini, cuma penulis tak sangka diakhirnya, PAS akan berkiblatkan penceramah Youtube juga.

Apa nak jadilah dengan parti bulan ni,

Tuesday 16 July 2013

Nik Aziz Demam Tahu Pas Akan Kalah

MACAM nak pecah Empangan Tok Bali bila diwar-warkan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dan Timbalan Presidennya Mat Sabu akan turun berkempen di Kampung Nangka di Kuala Besut ini.

Kalau sesiapa tengok muka orang-orang PAS di Kuala Besut semalam, semuanya nampak ceria mendengar tua kutuk yang tak berapa nak boleh berjalan itu nak datang berkempen, dengan Mat Sabu pulak tu.

Eloklah, kaki putar belit agama dengan kaki usha bini orang side by side berceramah.

Malangnya, hajat tinggi menggunung tak jadi kenyataan.  Nik Aziz pada saat-saat akhir membatalkan ceramah tersebut kerana tidak sihat - demam.  Mat Sabu sendiri terpaksa memindahkan ceramahnya ke tempat lain di tapak pasar tani berhampiran Pengkalan Udara Gong Kedak.

Itu tak berapa ramai orang yang datang, khabarnya lebih sikit dari 200 orang saja.  Ini rekod baru ni sebab Mat Sabu diketahui mampu panggil beribu-ribu orang turun dengar ceramah dia.  


Sampaikan disebut, kalau ada kawasan PAS yang kurang duit, panggil Mat Sabu untuk mendapatkan dana sebab derma hasil dari ceramah dia ini sahaja mampu tampung operasi PAS kawasan tersebut untuk 2 ke 3 bulan mendatang.

Begitulah hebatnya mitos.  Hakikatnya malam tadi, itulah pun jumlah yang ada, lebih sikit 200 orang sahaja.

Tapi yang menarik untuk dibincangkan disini ialah, apa masalah dengan Nik Aziz.  Memang kita tahu dia uzur, tapi sebelum ini, macam mana uzur pun jarang Nik Aziz tidak memenuhkan undangan untuk berceramah, paling tidak bercakap 5 minit.

Kata pengikut dia, aura tok guru tu yang penting, bukan apa yang dia cakapkan sangat.

Yelah, merapu sajakan, apa yang penting sangat pasal itu.  Tapi itu hanya pendapat penulis bukan pcakap pengikut dia tadi.

Penulis rasa, Nik Aziz demam sebab tahu dah yang PAS nak kalah di Kuala Besut.  Setakat yang dimaklumkan tidak ada apa-apa petunjuk yang mengatakan PAS akan menang di kawasan ini.  

Lagipun bukan mudah nak tukar pendirian orang dalam masa 2 bulan, lainlah kalau BN ada buat benda-benda zalim macam Hitler zaman perang dunia ke dua dulu.  Makan cukup, amal ibadat cukup, apa lagi nak?

Vatican Ambassador Supports The Usage Of The Word Allah, What Say PAS?

After a few days since the Vatican Ambassador Joseph Marino came to Malaysia, he made a few statements regarding the usage of the word Allah by Christian in this country.
 
A lot of people have given their thoughts about the matter and most of them condemned the Vatican for trying to meddle with our religious affairs.
 
Even so, all the statements condemning the priest has no substance, as there are no comments made by the political parties that supposedly is fighting for Islam, namely PAS.
 
Comments made by PAS are important as this particular case is unique in its own way. As the name PAS refers to the Pan Islamic Party of Malaysia, their official stand is questionable, but affiliating themselves with the Pakatan Rakyat where PAS is one of the component parties, they support the moves made by the Catholics on this matter.
 
It is hard to understand PAS’s real stand on this particular issue. It seems like half of them supports the move initiated by the Malaysian Catholic Church, while other do not support the action.
 
The uniqueness in this particular case is that PAS is too obnoxious to make any statement that is waited by many Malaysians.
 
However, this is crucial in the battle of Kuala Besut where the opposition has nothing against the government. Then it is that why PAS must state their stand in this important issue.
 
We noticed that during the Kuala Besut by-election, PAS is trying very hard not to show that they are not associated with the Pakatan Rakyat, but they can deny it all they want, but they cannot deny the fact that Pakatan Rakyat has been embedded in their image permanently.
 
Like the ocean and the shore.
 
Before it’s too late we urge PAS to state out their stand whether to support or reject the statement made by the Vatican Ambassador.
 
We hope that they will not give an excuse to the people by saying that they are too buzy with the campaign. PAS must lead on the charge in protecting the faith and compassion of the Muslim population in this country. 

Nik Aziz Get Fever, Knowing That PAS Will Lose


When the rumours that PAS Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat and PAS Vice President Mat Sabu will turn up the the Kuala Besut by election, all PAS members was in the state of frenzy. They expected that the dynamic duo would arrive and campaign in Kampung Nangka in Kuala Besut.
 
You actually can see that all of the PAS member’s faces are glowing in Kuala Besut yesterday. They were happy to hear that the old coons who can’t even walk are campaigning with Mat Sabu.
 
It’s a match made in political satire when a Quran bashing old man is paired up side by side with a womanizer.
 
However, their dream of seeing the pair do their magic did not came true as Nik Aziz on the last minute cancel the event because he is not well. Mat Sabu himself have to transfer his program to another site rather than doing it in the Gong Kedak Air Base.
 
Only 200 people attended the program. This is a new record as Mat Sabu is known to have called thousands of people to listen to his fake sermon.
 
It was said before, if any of the PAS branch is in financial needs, they can always call Mat Sabu to come and the collection from his sermons can be used to finance the operation for 2 or 3 month.
 
That is the myth of the Legendary Liar, Mat Sabu. However, the people of Kuala Besut has put that name to the test, and Mat Sabu failed to obtain the number that he has predicted to come to his sermon.
 
What we are intrigue is on the problem of Nik Aziz Nik Mat. We all know that he is old and frail, but before this, however, frail or sick, he will never disappoint his fans to speak, at least for 5 minutes.
 
According to his supporter, the “tok guru” aura is important and not what he have to say.
 
Nik Aziz can babble all he wants and his supporters take it all in without any hesitation.
 
We believe Nik Aziz is having a fever because he knows that PAS will lose in Kuala Besut. Up till now there are no sign that PAS will win in this constituency.
 
Lagipun bukan mudah nak tukar pendirian orang dalam masa 2 bulan, lainlah kalau BN ada buat benda-benda zalim macam Hitler zaman perang dunia ke dua dulu.  Makan cukup, amal ibadat cukup, apa lagi nak?
 
It is not hard to change a person’s mind in two months. And BN is doing a pretty good job in taking care of the Kuala Besut people. They can live peacefully, they can work, they can pray, what more do they need?

Monday 15 July 2013

Duta Vatican Sokong Kalimah Allah, Apa Pendirian PAS?

SUDAH beberapa hari sejak Duta Vatican ke Malaysia, Joseph Marino mengeluarkan kenyataan menyokong penggunaan kalimah Allah digunakan oleh pihak Kristian di negara ini di dalam kitab Bible tejermahan bahasa Melayu.

Begitu juga sudah banyak pihak yang memberi ulasan terhadap isu tersebut dengan hampir kesemuanya mengutuk kenyataan yang dilihat cubaan untuk campur tangan dalam urusan keagamaan negara kita.

Walaupun begitu, semua kutukan tersebut tidak 'memberi makna', tanpa ulasan dari parti yang mengaku memperjuangkan Islam di negara kita ini, iaitu PAS.

Ulasan dari PAS ini penting kerana pendirian PAS dalam hal ini diketahui sangat unik.  Atas nama parti PAS itu sendiri, memang pendirian rasminya tidak menyokong, tapi atas nama Pakatan Rakyat dimana PAS salah satu dari parti komponennya, mereka sangat menyokong.

Bagaimana nak dijelaskan pendirian sebenar PAS dalam isu ini tidak pastilah, keadaan macam ini memang unik.  Sebelah badan tidak menyokong, sebelah badan lagi menyokong kuat.

Tapi keunikan itulah sebenarnya yang menjadikan ulasan dari PAS 'mahal' dan dinanti banyak pihak.

Lebih-lebih lagi dalam suasana PAS sedang menghadapi pilihanraya kecil di Kuala Besut dimana tidak banyak modal yang boleh dimainkan pembangkang, maka itulah pendirian PAS dalam isu ini sangat-sangat penting.

Kebetulan atau apa, penulis sedar sepanjang kempen di Kuala Besut ini PAS seboleh-bolehnya tidak mahu dikaitkan dengan Pakatan Rakyat, tapi buatlah macam mana pun, nama Pakatan Rakyat itu memang sudah sebati dengan PAS.

Macam irama dengan lagu.

Justeru, 'sebelum terlambat', kita menggesa PAS mengeluarkan pendirian rasmi sama ada nak mengecam atau menyokong kenyataan Duta Vatican tersebut.  

Jangan jadikan alasan sibuk dengan kempen di Kuala Besut sebab setakat yang kita semua lihat sekarang, kempen di sana berjalan dalam keadaan perlahan berikutan bulan Ramadhan dan sebagainya,

Kuala Besut By-Election: Teachers in Pulau Perhentian Are PAS Agents?

Like we all know, Perhentian Island is a popular tourist destination in Malaysia. It was named as one of the 10 most beautiful Islands in the whole world. The beauty of Perhentian Island sandy beaches and golden shores has attracted thousands of tourists since years ago.
 
Other than that, Perhentian Island is also one of the 9 voting centers in the Kuala Besut constituency. With 733 registered voters, the Island would be one of the target by both parties who are currently having a showdown in the 24th Of July 2013.
 
Sadly, no one knows that the beauty of Perhentian Island is marred by the low quality education that is currently plaguing the school children.  
 
It was said that the teacher’s attitude is the factor that has created a very low quality of education for these children. The teachers here are said to have been lazy and ignoring their duties to educate and teach the children of Perhentian Island.
 
From the complaints of the residence, many of the teachers in Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian spend their time in the mainland rather than focusing all of their effort to the education of the children.
.
 
This particular action clearly caused a serious effect on the education of the children as they did not have enough time to finish their syllabus that has been stated by the Ministry of Education. It was said that some of the teacher, teach the student so fast so that they can going back and spent more time in the mainland.
 
This particular habit is clearly seen in almost all of the teachers especially on Thursdays.
 
This “accusation” is supported by the UPSR result in 2012 for Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian as per tabulated below. From the graph itself, clearly the school had failed to improve its achievement compared with 2011, what else to achieve targeted achievement for 2012.

 
Even though we were informed that the government has already spent millions to build teachers' quarters in the school, the teachers refuse to stay there and they are willing to travel from the mainland. They prefer to stay in Kuala Besut.
 
There are statements made by the locals saying the majority of the teachers in the Perhentian Island are PAS members and they consider the help from the government will only burden them with sins.
 
This particular thinking is not strange in PAS as we all know that PAS members are thought to ridicule and hate the government, even though the government is trying its best to help them.
 
 
This particular incident has been forwarded by the locals, however, because of all the teachers are PAS members their letters and emails are thrown in the rubbish bin as soon as it is received by the recipient.
 
The Ministry of Education has to take this seriously and investigate what is happening in the Perhantian Island to ensure that the future of the children is not jeopardized because of the lack of formal education.
 
Kalau disahkan berlaku, peluang dalam pilihanraya kecil yang akan datang pada 24 Julai nanti perlulah digunakan kerajaan memerintah untuk memperbaiki kualiti guru di pulau terbabt bagi memastikan BN sentiasa mendapat sokongan rakyat di sana.
 
If it is proven, then the opportunity in the by election should be used smartly by the federal government to improve the quality of teachers to ensure that BN will always gain the support of the people. 

Sunday 14 July 2013

Manifestation Of BN Candidate For Kuala Besut By-Election

For those who are not familiar with the Kuala Besut area, the name Ustaz Che Ku Abd Rahman is common among the residence.

As an imam of a Mosque and a religious teacher who dedicate his whole life in the area, no one can deny his leadership qualities.

When, his fifth son, Tengku Zaihan was chosen to become the Barisan Nasional candidate in the Kuala Besut by-election that was left vacant because of the death of its former seat holder Datuk Dr. Rahman Mokhtar on the 26th June 2013, the locals of Kuala Besut cheered Tengku Zaihan on.

Although as a young and modern professional, the people of Kuala Besut believe that Tengku Zaihan inherits his father’s leadership qualities.

It is not too extreme to state that Tengku Zaihan was born to be a leader. From his family background, education and career as an engineer, almost all of them complete Tengku Zaihan as a young leader that qualifies him to be the representative in the Kuala Besut constituency.

This is in contrast with PAS candidate Endot @ Azlan Yusof who has stated early in his campaign that he is contesting the by election mainly because of his business and not the people.
 
The responsibility as a representative (if he won) will be given to a hired officer. The statement went viral in the internet and we believe that we do not have to comment on the issue anymore.
 
However, we have to mention here is that what kind of a leader that the people of Kuala Besut are looking for. Is it a representative that will focus more on money rather than the welfare of its people?
  
Previously only UMNO leaders are said to have become a representative for money and projects. However this time a PAS leader is doing the same thing. What is going on with PAS?
 
We have to remember that Azlan is one of the core funder of PAS, and it is an open secret that he acts like a banker for PAS. Azlan’s candidacy is one of the payment that PAS has to make after being helped by Azlan all this time.
 
He has no intention what so ever to help the people of Kuala Besut.
 
Tengku Zaihan is the only choice for the people of Kuala Besut, Terengganu. We believe that Tengku Zaihan will give his full commitment to help the needy in his birthplace.
 
Tengku Zaihan has to take care of his family good name and the party that he is representing.
 
Let us pray for the success of Tengku Zaihan and BN in Kuala Besut