Monday, 8 July 2013

Pemilihan UMNO: Hati-Hati Campur Tangan Luar

MENJELANG pemilihan Agung UMNO (dijangka November nanti), laman ini melihat gerakan untuk melaga-lagakan pemimpin UMNO (atas nama demokrasi) telah pun dimulakan pihak-pihak tertentu.

Sebagai satu-satunya parti yang bebas dari unsur penipuan dalam pemilihannya, UMNO memang sasaran pembangkang untuk dimusnahkan setelah usaha sama dalam pilihanraya umum, tidak mendatangkan hasil seperti yang dimahukan.

Dalam PRU13 yang lepas, UMNO muncul sebagai satu-satunya parti yang mempunyai kerusi parlimen paling banyak di parlimen, mengatasi semua parti pembangkang  secara individu.

Suka nak disebutkan disini, campur tangan tersebut tidak sahaja melibatkan elemen-elemen dalam UMNO sendiri, bahkan juga elemen-elemen di luar UMNO.  Antaranya akhbar-akhbar berbahasa Inggeris yang nama sahaja dimiliki parti komponen BN, tapi sidang editornya telah di'hijack' oleh DAP.

Yang dimaksudkan ialah The Star.

The Star baru-baru ini dilihat cuba melaga-lagakan2 pemimpin UMNO iaitu Ketua Bahagian Cheras, Datuk Syed Akhbar Alhabshi dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil sehingga mendapat perhatian beberapa pemimpin UMNO, antaranya Dr. Puad Zarkashi.

Ironinya, MCA yang memiliki The Star, tidak mampu menguruskan parti tersebut dengan baik pun.  Presidennya ada skandal seks yang memalukan negara, prestasi parti tersebut dalam PRU13 yang lepas, begitu jauh merosot berbanding 2008 serta calon-calon yang ditampilkan juga hanya calon tangkap muat.

Tapi ada hati nak 'membetulkan' UMNO?

Perkara macam inilah yang perlu dijauhi UMNO.  Pemimpin-pemimpin UMNO berkenaan sepatutnya mengelak dari bercakap soal pemilihan akan datang kepada media yang cenderung untuk memutar belitkan kenyataan tersebut.

Kalau nak cakap pun, elakkanlah dari bercakap soal-soal yang hanya layak ditentukan oleh majoriti ahli UMNO seperti jawatan Ketua Wanita ini.

Orang-orang ini tidak akan senang melihat UMNO bersatu dan teguh bekerjasama kerana UMNO sahaja yang dilihat menjadi penghalang terbesar kepada cita-cita mereka untuk menakluk negara ini dan melaksanakan agenda tersirat masing-masing.

Oleh yang demikian, apa pun cara yang boleh digunakan untuk menjatuhkan UMNO dalam apa keadaan sekali pun, akan digunakan puak-puak ini dengan menjadikan kebebasan bersuara sebagai alasan utama.

No comments:

Post a Comment