Wednesday, 17 July 2013

Pengganas Kristian Semakin Bermaharajalela Di Malaysia

SERANGAN bertalu-talu ke atas agama Islam di negara kita ini oleh pihak yang ada kaitan dengan agama Kristian, membuatkan penulis terfikir sama ada semua ini satu tindakan terancang atau pun terjadi secara kebetulan.

Bermula dengan penghinaan ke atas bulan Ramadhan oleh pasangan Vivian Lee dan Alvin Tan (keduanya beragama Kristian) sehinggalah kepada sokongan terbuka Duta Vatican City Joseph Marino terhadap penggunaan kalimah Allah di dalam Bible, nampak macam ada cubaan sistematik ke atas agama Islam di negara kita yang didalangi pihak-pihak tertentu.

Walaupun mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ini, tapi penulis menyifatkan semua tindakan ini adalah satu serangan oleh golongan pelampau Kristian terhadap institusi dan umat Islam di negara kita.

Alvin, Vivian dan Marino mungkin tidak sedar tapi mereka sebenarnya adalah pengganas Kristian yang cuba mengganggu gugat keharmonian rakyat dan keselamatan negara kita.  Betul mereka tidak meledakkan sebarang bom tapi dengan mempersendakan agama Islam di bulan Ramadhan ini, ia lebih teruk dari meletupkan bom pun.

Menyokong pendapat tersebut, tindakan menculik dan pukul terhadap seorang pemuda Cina yang dipercayai ada kaitan dengan tindak balas atas perlakuan Alvin, Vivian (mungkin Morino) yang berlaku baru-baru ini, adalah bukti jelas kepada apa yang penulis nyatakan di atas.

Sayugia diingatkan, penulis tidak sama sekali menuduh atau mengatakan semua orang Kristian di negara ini terlibat.  Penulis merasakan ada golongan tertentu dari kalangan penganut agama tersebut yang cuba mencetus perbalahan dengan mengusik sensitiviti umat Islam.

Bila ada tindak balas, maka rantaian tindak balas yang seterusnya akan berlaku dan diakhirnya negara kita tidak akan berada dalam keadaan yang aman.  Inilah yang dimahukan oleh pihak-pihak yang memperalatkan satu dua jiwa yang tidak tenteram untuk kepentingan politik mereka.

Dalam kes Marino, dia diperalatkan oleh Pakatan Rakyat dalam isu tersebut kerana kita tahu di negara ini hanya Pakatan Rakyat sahaja yang menyokong penuh penggunaan nama Allah di dalam kitab Bible berbahasa Melayu.

Penulis bagaimanapun yakin pihak berkuasa negara kita sentiasa memantau keadaan ini dan mengambil tindakan keras sekiranya ancaman dari pengganas Kristian ini memang benar-benar wujud.

No comments:

Post a Comment