SEJARAHNYA, PAS ditegakkan oleh golongan muda Islam yang di didik dari Universiti ternama Islam seperti Al-Azhar dan sebagainya. Ini bagi menyokong latar belakang parti tersebut sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.
Malangnya, sumbangan Al-Azhar sebagai lubuk kelahiran pemimpin-pemimpin PAS, semakin dihakis dengan perkembangan zaman dan teknologi semasa. Mutakhir ini, peranan ulama sedia ada dalam parti tersebut juga sudah diambil alih oleh manusia yang hanya pandai bercakap sedikit tentang agama, tapi lebih banyak membuat lawak dalam masa yang sama.
Ironinya, populariti yang sedang mengatasi peranan semua ulama-ulama muktabar PAS lulusan Al-Azhar ini ialah Azhar juga, tapi Azhar Idrus.
Peningkatan populariti rancangan realiti berkaitan lawak dimanfaatkan sepenuhnya oleh Azhar Idrus untuk menonjolkan dirinya dengan cara yang sama tapi menggunakan medium Youtube dan sedikit pengetahuan agama sebagai modal permulaan.
Tapi ternyata pendekatan itu berjaya buat Azhar Idrus sehinggakan jumlah kehadiran dalam ceramahnya, mengatasi jumlah kehadiran dalam ceramah para ulama PAS yang jauh lebih tinggi pendidikan dan pengetahuan agamanya seperti Harun Din, Harun Taib dan Nik Aziz sekalipun.
Hakikatnya, yang dicari orang bukan ilmu agama tapi ilmu agama yang dilawakkan.
Sebab itu ceramah ulama PAS yang disebutkan di atas tidak laku, Azhar Idrus juga yang laku walaupun dia tidak ada pendidikan formal dalam pengajian Islam, setakat mengaku bertalaqi dengan beberapa guru agama sahaja.
Maka itu tidak hairanlah kenapa dalam kempen PAS di pilihanraya kecil DUN Kuala Besut (majoriti besar Melayu) yang sedang berlangsung sekarang, PAS menggunakan sepenuhnya Azhar Idrus untuk kepentingan parti tersebut dan meminggirkan para ulama lulusan Al-Azhar yang bersepah dalam parti itu.
Yang penting pada PAS ialah menang pilihanraya, apa cara pun yang boleh menyumbang kepada kemenangan tersebut akan digunakan sepenuhnya oleh PAS walaupun bermaksud meminggirkan golongan ulama sendiri.
Lebih mengejutkan penulis, Azhar juga sekarang sudah mengambil alih 'kunci' syurga dan neraka dari Nik Aziz apabila dengan selamba mengeluarkan kenyataan-kenyataan berkaitan dengan perkara tersebut yang hanya layak ditentukan oleh Allah swt sahaja.
Dia bukan ulama pun, hanya penceramah biasa sahaja tapi dah berani menentukan siapa masuk syurga dan neraka?
Apapun, itulah realiti sebenar yang berlaku dalam PAS sekarang. Banyak cacamarba berlaku dalam PAS sebelum ini, cuma penulis tak sangka diakhirnya, PAS akan berkiblatkan penceramah Youtube juga.
Apa nak jadilah dengan parti bulan ni,
No comments:
Post a Comment