BUKAN rahsia calon PAS di DUN Kuala Besut Endut@Azlan Yusof ini adalah kroni seorang pemimpin PAS Kelantan yang dulu jadi ahli Exco tapi kini tidak lagi. Malah pemilihannya sebagai calon di kawasan ini juga dikaitkan dengan hubungannya dengan pemimpin berkenaan.
Bukan juga rahsia, calon ini kaya raya hasil perniagaan yang berjaya dalam tempoh yang sangat singkat walaupun dia sendiri kurang dari segi pendidikan.
Dengan perniagaan yang bermacam-macam, dari pemaju perumahan sehingga kepada kilang dan konsesi balak yang dimilikinya, Azlan bolehlah dianggap sebagai antara 'kejayaan' PAS menghasilkan kroni mereka sendiri walaupun benda yang sama sering dituduh kepada UMNO.
Kita tidak tahu apa latar belakang Azlan dalam bidang perniagaan. Tapi yang nyata, dia mendapat projek bernilai berpuluh juta ringgit dari Yayasan Islam Kelantan dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sejak tahun 2005.
Paling besar ialah projek perumahan di Kok Lanas tahun lepas (2012), bernilai lebih RM 16 juta (sila rujuk gambar di atas).
Dan ini semua hanya satu dari pelbagai jenis perniagaan Azlan, dia masih lagi mempunyai sebuah kilang balak di Tunjung, Kelantan.
Memiliki kilang balak bermaksud, Azlan juga mempunyai konsesi balak dengan kerajaan negeri kerana mengikut peraturannya, pengusaha kilang balak berpeluang cerah mendapat konsesi balak berbanding dengan yang tidak mempunyai kilang.
Sudah tentu ini semua tidak mampu diperolehinya kalau tidak kerana hubungan baiknya dengan pemimpin-pemimpin PAS Kelantan. Pemimpin yang mana satu, penulis tidak mahu meneka tapi rasanya semua orang tahu.
Pengajaran dari pencalonan Azlan ini ialah, kroni, projek dan sebagainya yang sering dituduhkan kepada UMNO dulu, kini terang-terang sudah berlaku dalam PAS jugak. Maksud disitu, kena guna modal lainlah lepas ini.
No comments:
Post a Comment