Tuesday, 9 July 2013

Najib Buat Banyak Untuk Rakyat Pun Dituduh Tidak Buat Apa-Apa?

SEUMUR hidup penulis tinggal di negara ini, rasanya beberapa tahun kebelakangan ini sahaja melihat kerajaan memberi bantuan wang kepada rakyat yang kurang berkemampuan dalam skala yang begitu besar (BR1M).

Walaupun Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi telah terlebih dahulu memulakan insiatif pemberian tunai ini dalam bentuk pemulangan subsidi petroleum, tapi dalam masa yang sama rakyat perlu membayar harga petrol pada harga yang paling tinggi dalam sejarah.

Berbanding sekarang dimana rakyat berpendapatan kecil menerima bantuan tahunan tanpa perlu membayar apa-apa kos tambahan sebagai ganti pemberian tersebut.

Selain itu, masalah rakyat juga dikurangkan lagi dengan penubuhan kedai-kedai 1Malaysia, Klinik Rakyat 1Malaysia dan seumpama dengannya.  Bagi ibu bapa luar bandar yang mempunyai masalah menjaga anak masing-masing sewaktu bekerja, program PERMATA ditubuhkan kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut.

Banyak lagi kalau nak disebut. Paling menarik, semua bantuan sedia ada seperti subsidi petroleum, tol dan sebagainya, dikekalkan.

Semua ini bantuan kerajaan persekutuan sekarang, dan agak hairan juga bagaimana ada sesetengah pihak melihat kerajaan tidak membantu rakyat?

Nak menyokong kerajaan atau tidak itu masalah lain, tapi janganlah kata kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk membantu rakyat.

Berbanding dengan kerajaan negeri pembangkang, apakah program mereka yang benar-benar menolong rakyat?  Selangor setakat berbangga dengan rebat air 20 m3 pertama yang tidak pernah dikaji sejak 5 tahun lepas, sedangkan kos air semakin meningkat semakin meningkat.

Itupun ia tidak menyeluruh, rakyat yang menggunakan meter pukal tidak menerima kelebihan daripada skim tersebut.

Dan perkara tersebut hanya dilaksanakan di Selangor walaupun Pakatan Rakyat memerintah di 2 negeri yang lain (Pulau Pinang dan Kelantan).

Justeru, semua dakwaan Najib tidak berbuat apa-apa untuk membantu rakyat, jelas tidak masuk akal.  Banyak yang sudah dan akan dilakukan kerajaan BN untuk membantu rakyat berbanding dengan pembangkang yang relatifnya tidak melakukan apa-apa pun.

No comments:

Post a Comment