SUDAH beberapa hari sejak Duta Vatican ke Malaysia, Joseph Marino mengeluarkan kenyataan menyokong penggunaan kalimah Allah digunakan oleh pihak Kristian di negara ini di dalam kitab Bible tejermahan bahasa Melayu.
Begitu juga sudah banyak pihak yang memberi ulasan terhadap isu tersebut dengan hampir kesemuanya mengutuk kenyataan yang dilihat cubaan untuk campur tangan dalam urusan keagamaan negara kita.
Walaupun begitu, semua kutukan tersebut tidak 'memberi makna', tanpa ulasan dari parti yang mengaku memperjuangkan Islam di negara kita ini, iaitu PAS.
Ulasan dari PAS ini penting kerana pendirian PAS dalam hal ini diketahui sangat unik. Atas nama parti PAS itu sendiri, memang pendirian rasminya tidak menyokong, tapi atas nama Pakatan Rakyat dimana PAS salah satu dari parti komponennya, mereka sangat menyokong.
Bagaimana nak dijelaskan pendirian sebenar PAS dalam isu ini tidak pastilah, keadaan macam ini memang unik. Sebelah badan tidak menyokong, sebelah badan lagi menyokong kuat.
Tapi keunikan itulah sebenarnya yang menjadikan ulasan dari PAS 'mahal' dan dinanti banyak pihak.
Lebih-lebih lagi dalam suasana PAS sedang menghadapi pilihanraya kecil di Kuala Besut dimana tidak banyak modal yang boleh dimainkan pembangkang, maka itulah pendirian PAS dalam isu ini sangat-sangat penting.
Kebetulan atau apa, penulis sedar sepanjang kempen di Kuala Besut ini PAS seboleh-bolehnya tidak mahu dikaitkan dengan Pakatan Rakyat, tapi buatlah macam mana pun, nama Pakatan Rakyat itu memang sudah sebati dengan PAS.
Macam irama dengan lagu.
Justeru, 'sebelum terlambat', kita menggesa PAS mengeluarkan pendirian rasmi sama ada nak mengecam atau menyokong kenyataan Duta Vatican tersebut.
Jangan jadikan alasan sibuk dengan kempen di Kuala Besut sebab setakat yang kita semua lihat sekarang, kempen di sana berjalan dalam keadaan perlahan berikutan bulan Ramadhan dan sebagainya,
No comments:
Post a Comment