Tuesday, 2 July 2013

Kualiti Bahasa Melayu Ahli Parlimen DAP Memalukan

PERBAHASAN di Parlimen bagi sidang baru 2013 yang baru dibuka minggu lepas, setakat ini menyaksikan bagaimana teruk dan buruknya kualiti bahasa Melayu ahli-ahli Parlimen DAP.

Melainkan beberapa, antaranya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh, hampir kesemua ahli Parlimen DAP yang lain nampak jelas tidak fasih berbahasa Melayu.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana DAP mendakwa parti tersebut mempertahankan bahasa kebangsaan negara iaitu bahasa Melayu.  Dalam masa yang sama parti tersebut juga menyangkal dakwaan ia bersikap perkauman dan lebih berat kepada kaum Cina.

Tapi setakat yang kita nampak sekarang, kalau dah cakap Melayu pun tersekat-sekat, apa maksudnya itu?

Dari upacara mengangkat sumpah lagi, lidah masing-masing dah berbelit-belit untuk membacakan teks angkat sumpah, walaupun ayat yang digunakan masuk dalam kategori biasa-biasa sahaja.  Bukan suruh baca teks macam dalam buku Sejarah Melayu nun.

Beberapa ahli Parlimen DAP yang cuba mencelah dalam sesi perbahasan juga membuktikan lagi penguasaan bahasa Melayu yang buruk.  Sekali dengar dah macam bukan perbahasan di Parlimen, tapi di pasar borong!!

'Orang' sudah jadi 'olang', "berapa" sudah jadi "belapa" dan sebagainya.

Seterusnya mencetus persoalan, sejauh mana ahli-ahli Parlimen DAP ini layak untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan Malaysia dalam negara yang majoriti orang Melayu kalau berbahasa Melayu tidak boleh?

Kalau dalam sidang parlimen pun dah terkial-kial, bagaimana gamaknya di luar?  Jadi pelik pada kita bagaimana ahli Parlimen ini boleh membantu masyarakat Melayu di kawasan masing-masing kalau nak berkomunikasi pun susah?

Agaknya, urusan dengan orang Melayu diserah kepada pegawai khas yang dilantik sementara dia sendiri berurusan dengan orang Cina sahaja.  Atau lebih buruk lagi, Ahli Parlimen DAP tidak langsung berkhidmat kepada masyarakat, bertanding dalam pilihanraya hanya semata-mata untuk membentuk kerajaan.

Dari pemerhatian laman ini, majoriti ahli Parlimen DAP sedia ada adalah berakar umbikan dari sekolah vernakular, dimana mereka berbahasa dan bergaul dengan orang-orang dia sahaja.  Melayu kalau ada pun, berapa sangat jumlahnya.  

Sedikit sangat di antara mereka ini yang bersekolah di sekolah kebangsaan.  Tidak hairan kenapa DAP mempertahankan sekolah vernakular walaupun perlembagaan Malaysia tidak mewajibkan kewujudan sekolah tersebut.

Yang pasti DAP tidak layak menjadi sebahagian dari kerajaan yang didiami majoriti orang Melayu seperti Malaysia ini kerana mereka terlalu pekat dengan perkauman masing-masing, melihat dari kegagalan menguasai bahasa kebangsaan tersebut dengan baik.

Mana negara di dunia pun tidak akan membenarkan parti yang dipenuhi dengan pemimpin yang tidak mampu bercakap dalam bahasa kebangsaan negara tersebut untuk memimpin negara tersebut.

No comments:

Post a Comment