Saturday, 29 June 2013

Mampukah PAS Ambil Alih Terengganu?

PADA saat artikel ini ditulis, laman ini percaya soal kematian Datuk Dr. A Rahman Mokhtar, yang semasa hayatnya menjadi ADUN Kuala Besut selama 2 penggal, sudah begitu cepat dilupakan orang.

Kematian arwah kini hanyalah satu titik sejarah pada kebanyakkan dari kita di negara ini, kecuali kepada keluarga terdekatnya sahajalah.

Bukan berniat untuk bersikap biadap, tapi sekadar menyebut bahawa yang lebih menjadi topik perbahasan di seluruh negara ialah pilihanraya kecil di kawasan tersebut yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan arwah.

Apatah lagi dengan hakikat bahawa selepas PRU13 yang lepas berakhir, kerajaan negeri hanya didokong dengan kelebihan 2 kerusi sahaja - 17 BN, 15 pembangkang. Kematian arwah menjadikan kedudukan sekarang 16 BN, 15 pembangkang.

Jika pembangkang menang, kedudukan akan berubah kepada 16 BN dan 16 pembangkang.

Fakta inilah yang menarik perhatian ramai, berikutan ada ura-ura yang menyebut bahawa pembangkang mempunyai peluang untuk menawan kembali Terengganu (yang kali terakhir ditadbir parti tersebut sebelum PRU11 pada 2004), jika parti tersebut menang di Kuala Besut.

Kalau mengikut kepada Profesor Dr. Aziz Bari yang mendakwa sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan, kemenangan PAS di Kuala Besut, memberi kuasa kepada Sultan Terengganu untuk melantik kerajaan baru/mengekalkan kerajaan sedia ada berdasarkan budi bicara baginda.

Kenyatan ini bagaimanapun disifatkan banyak pihak sebagai separuh benar, kerana jika Speaker belum dilantik, itu lain.  Masalahnya sekarang, speaker DUN telah pun dilantik dan beliau mempunyai undi penentu - mengikut undang-undang tubuh negeri Terengganu.

Tujuan Aziz Bari bercerita separuh benar, tidak sukar sangat nak diagak.  Ini memang permainan pembangkang sejak dulu, cakap separuh benar atau dalam konteks kenyataan Aziz Bari mengenai situasi kerajaan di Terengganu jika pembangkang menang di Kuala Besut - tidak benar sama sekali.

Seperti yang disebutkan di atas, pendapat Aziz Bari tidak terpakai mengikut keadaan semasa kerana Speaker telah dilantik dan kerajaan negeri juga sudah dibentuk.

Jadi, adakah PAS mampu mengambil alih Terengganu jika calon parti tersebut menang di Kuala Besut?  Jawapannya, tidak!!

No comments:

Post a Comment