AKTIVITI berbalas-balas kenyataan antara beberapa orang pemimpin PKR yang diketahui datang dari kem berlainan yang berlaku kebelakangan ini, semakin mengesahkan bahawa ada peperangan dalaman besar yang sedang berlaku dalam parti yang bertuhankan Anwar Ibrahim itu.
Peperangan dalaman yang melibatkan penyokong kem Wan Azizah (Pro Anwar) dan penyokong kem Azmin Ali (Pro Azmin) nampaknya semakin sukar di kawal bila beberapa orang di antara mereka membuat kenyataan terbuka, mengutuk pemimpin di kem yang satu lagi
Paling menarik terutama bagi rakyat di kawasan Ampang, Ahli Parlimen mereka Zuraidah Kamarudin (Pro Azmin) yang tergamak mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai gagal menyelesaikan masalah penduduk di Ampang sepanjang penggal pemerintahannya yang lepas.
Sampah, penyelenggaraan jalan dan sebagainya adalah antara masalah yang dimaksudkan.
Oh, ada janji tak laksana rupanya, jadi macam mana masa kempen itu hari perkara ini tidak dibangkitkan? Segala dan semuanya adalah baik dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat? Alih bila dah menang, baru rakyat tahu rupanya janji banyak tak laksana pun.
Tapi pilihanraya umum yang lepas bukan berkenaan kerajaan mana lebih baik dan menunaikan janji tapi lebih kepada keinginan satu kaum ini untuk mengubah kerajaan, tak kira apa lagi dah walaupun terpaksa mengundi batang kayu.
Balik pada isu tadi, sebelum ini pun Zuraidah secara terbuka menyanggah kenyataan Anwar Ibrahim untuk memboikot acara angkat sumpah pada 26 Jun nanti, sebelum disambut oleh Azmin sendiri.
Walhal Naib Presiden PKR, Tian Chua (Pro Anwar) menyokong kenyataan tersebut tanpa berbelah bagi.
Dari maklumat yang penulis dapat, ada besar kemungkinan lebih ramai lagi pemimpin dari kedua-dua kem yang akan mengeluarkan kenyataan menghentam satu sama lain dalam jangka masa terdekat.
Sementara UMNO melihat dengan penuh minat perkembangan yang tidak berapa nak digemari penyokong pembangkang ini, satu yang pasti dan penulis rasa rakyat perlu menilainya dengan baik ialah bagaimana kegilaan melampau terhadap kuasa yang selama ini disembunyikan oleh pemimpin-pemimpin PKR telah mula kelihatan.
Dari soal perlantikan Menteri Besar Selangor tempoh hari lagi, sehingga kepada anggota Exco negeri yang lain (memakan masa hampir 1 bulan), semua ini menunjukkan parti ini tidak stabil dan entah bagaimana PKR boleh dianggap sebagai mengetuai Pakatan pembangkang.
Ini baru cerita satu negeri, belum kita sebut satu Malaysia lagi. Kita bersyukurlah kerana Tuhan tidak membenarkan Pakatan ini mengetuai kerajaan Malaysia dan menyelamatkan negara kita dari terjerumus ke arah yang lebih buruk.
No comments:
Post a Comment