Monday, 24 June 2013

SKMM Akan Ke Taiwan Dapatkan Maklumat Red Bean Army

SUMBER memaklumkan kepada penulis bahawa Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah menghantar sepasukan anggotanya ke Taiwan untuk menyiasat operasi Kumpulan tentera siber Pakatan Rakyat, Red Bean Army (RBA).

Ini berikutan dakwaan yang menyebut sebahagian besar operasi RBA untuk menghasut rakyat Malaysia dengan isu-isu perkauman di laman-laman sosial, adalah berpusat di Taiwan, malah dikatakan dalam pengetahuan kerajaan negara tersebut.

Ada juga dakwaan mengatakan kerajaan Taiwan sendiri turut terlibat membiayai operasi RBA ini berikutan hubungan baik antara beberapa pemimpin kerajaan itu dengan pemimpin pembangkang di Malaysia.

Dakwaan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan.

Justeru, pasukan SKMM dilapor akan bekerjasama dengan parti pembangkang Taiwan, parti Kuomintang bagi mendapatkan akses dan sumber yang lebih untuk membantu siasatan mereka nanti.

Selain itu, Parti Kuomintang akan membantu SKMM dalam mengenalpasti lokasi operasi RBA yang telah disasarkan oleh SKMM disini dan menjejak dalang yang melakukan kerja-kerja tersebut suapaya mereka boleh dibawa balik ke Malaysia untuk menghadapi tindakan undang-undang.

Penulis berharap, sesiapun yang menggerakkan Red Bean Army ini boleh ditangkap pihak polis agar tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka.

Tindakan seumpama itu yang digerakkan Red Bean Army, tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia boleh menganggu keharmonian kaum di Malaysia.  Seperti yang kita semua tahu, RBA menggunakan pendekatan perkauman melampau untuk menimbulkan kebencian terhadap BN dan UMNO.

No comments:

Post a Comment