BANYAK pihak pelik, dari mana Pakatan pembangkang memperolehi dana yang cukup banyak untuk membantu kempen pilihanraya mereka, selain menganjur begitu banyak program bagi membantah keputusan pilihanraya umum yang lepas.
Antaranya himpunan Blackout 505 yang baru lepas.
Semua itu memerlukan wang yang banyak. Penginapan, tambang pergi balik, pengangkutan dan sebagainya tidak akan terjadi dengan sendiri kalau tidak dengan kuasa membeli (wang) yang besar.
Justeru, tidak hairanlah kenapa bila bekas Timbalan Presiden Indonesia, Jusof Kalla memberikan maklumat bahawa Anwar Ibrahim memperolehi dana yang cukup besar dari luar, antaranya dari sebuah syarikat besar Filipina, kita tidak terperanjat.
Cuma, yang menjadi persoalan sekarang, syarikat yang mana satu?
Sepanjang yang penulis tahu, tidak banyak syarikat Filipina yang beroperasi di Malaysia. Kalau ada yang terbesar sekali ialah syarikat Petron Refining & Marketing Berhad (Petron) yang mengendalikan stesen minyak jenama Petron di negara ini.
Lain-lain itu mungkin ada, tapi penulis tidak pasti sama ada mereka mempunyai keupayaan kewangan yang besar untuk membantu kempen dan gerakan politik pasca PRU13 yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang.
Bagaimanapun, dengan maklumat ini, pihak berkuasa Malaysia perlu menyiasat pembabitan pihak asing untuk membantu kempen pilihanraya pembangkang di negara ini.
Bercakap tentang campur tangan pihak asing, telah banyak yang didedahkan sebelum ini berkenaan sumbangan pihak luar kepada pertubuhan yang ada kaitan dengan pembangkang (antaranya SUARAM), tapi kita tak nampak apa tindakan dari pihak berkuasa sehingga sekarang.
Adakah pihak pembangkang di negara ini bebas mendapat tajaan asing untuk membiayai aktiviti politik mereka? Jika ya, apa pulak habuannya? Adakah ada pihak yang cukup bodoh untuk mengeluarkan wang kepada pihak tertentu tanpa mengharapkan apa-apa balasan?
Kalau jawapannya ya, penulis nak sebut disini, kita bukan bodoh macam pengikut Anwar Ibrahim untuk percaya andaian sedemikian.
No comments:
Post a Comment