Monday, 24 June 2013

Blackout 505: Bravo DBKL!!

SETELAH dipertikaikan banyak pihak berikutan keengganan untuk merampas khemah peserta perhimpunan haram Blackout 505 di Padang Merbuk sejak Sabtu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini bertindak tegas dalam satu operasi yang dijalankan jam 4 pagi tadi.

Dalam operasi tersebut, 84 buah khemah dan beberapa barangan peribadi milik peserta telah berjaya dirampas.

Menariknya, tindakan DBKL pagi tadi adalah menyerupai tindakan taktikal ala ketenteraan dimana peserta perhimpunan betul-betul tidak menyangka 'serangan' akan datang pada awal pagi tersebut.  Tidak hairan kenapa majoriti daripada mereka tidak langsung mampu bertindak balas dan membiarkan sahaja khemah mereka dirampas.

Kita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke atas DBKL di atas kejayaan ini dan berharap di lain masa, ketegasan yang sama dapat ditunjukkan.  Undang-undang adalah tetap undang-undang sehingga digantikan dengan yang baru atau dihapuskan dan selama ia masih berkuatkuasa, rakyat Malaysia wajib mematuhinya.

Jika tidak, di lain masa, sesiapa pun boleh memacakkan khemah di atas padang atau harta milik kerajaan tanpa sebarang rasa bersalah.

Inilah yang berlaku semasa NGO yang digelar Occupy Dataran memacakkan khemah di Dataran Merdeka sebagai persediaan menghadapi Bersih 3.0 tahun lepas.  Dalam kejadian itu, kumpulan yang hampir sama memacakkan khemah selama beberapa hari bagi mendesak pilihanraya diadakan dengan segera.

Sejak itu DBKL sentiasa menjadi bahan ketawa penganjur dan peserta demonstrasi kerana kegagalan menguatkuasakan undang-undang mereka sendiri.  Tapi kali ini penulis percaya, tidak ada pihak lagi yang berani mencabar DBKL.

Apa pun, tahniah dan syabas kita ucapkan kepada DBKL atas ketegasan dalam menguatkuasakan undang-undang.  Perkara ini sepatutnya menjadi peringatan kepada mana-mana pihak yang beranggapan agensi kerajaan tersebut sebagai lemah dan tidak mempunyai kuku.

No comments:

Post a Comment