Thursday, 20 June 2013

Orang Cina Juga Boleh Mati Syahid

NAIB Presiden PAS yang baru-baru ini digugurkan dari barisan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dipetik sebagai berkata peserta himpunan Blackout 505 yang hadir dalam perhimpunan pada 22 Jun di padang Merbok nanti akan mati syahid sekiranya apa-apa berlaku terhadap nyawa mereka dalam perhimpunan tersebut.

Syahid ini adalah perkataan arab yang membawa maksud, siapa yang mati dan masuk dalam kategori ini akan terus masuk dalam syurga tanpa perlu bersoal jawab dengan Malaikat terlebih dahulu.

Ia (syahid) adalah satu kelebihan yang dicari setiap orang kerana dalam keadaan biasa, seseorang yang ingin masuk syurga perlu ditimbang segala kebaikan dan keburukkannya, tapi dengan status mati syahid, tidak perlu.

Masuk terus syurga - sekurang-kurangnya itulah kepercayaan yang diterima pakai semua orang.

Cuma yang aneh sikit, kenyataan tersebut ditujukan pada orang Islam sahaja pulak, apakah orang bukan Islam tidak layak untuk mati syahid?  Kalau Husam mahu tahu syurga dan neraka ini wujud dalam semua agama dan kenapa hanya orang Islam sahaja yang layak masuk syurga kalau terkorban semasa menyertai himpunan tersebut?

Benda ini bukan isu baru, tapi sudah lama.  Asal ada sahaja himpunan, pasti orang Islam yang akan dapat kelebihan - semasa hidup dan kalau mati.  Kelebihan semasa hidup, sudah tentulah dari segi perbelanjaan datang untuk menyertai perhimpunan dan sebagainya.

Apakah kalau mati pun, masih juga orang Islam yang dapat kelebihan?

Ini tidak adil dan laman ini menentang sebarang ketidak adilan dilakukan ke atas rakyat oleh mana-mana pihak tidak kira BN atau Pakatan Rakyat.  Isunya tentang alam selepas mati, syurga, dan orang bukan Islam juga layak masuk syurga jka terkorban semasa menyertai perhimpunan tersebut nanti.


Orang Cina yang dijangka akan membentuk 80% dari peserta yang hadir pada hari tersebut juga percaya kepada kehidupan selepas mati.  Syurga dan neraka juga wujud dalam kepercayaan mereka, dan apakah bagi Husam orang Cina tidak layak masuk syurga?

Husam perlu rephrase semula kenyataan tersebut dan memasukkan orang bukan Islam sekali dengan secepat mungkin.  Husam perlu ingat, dalam soal himpunan Blackout 505 ia adalah tentang Pakatan Rakyat, bukan PAS semata-mata dan tidak adillah kalau hanya orang Islam saja yang dapat kelebihan.

Bila soalnya berkaitan dengan Pakatan Rakyat, semua pihak perlu terlibat, kalau ada manfaat, sema patut dapat manfaatnya, bukan orang Islam sahaja.  Semua orang layak masuk syurga tanpa perlu melalui proses timbang tara (syahid) terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment