Wednesday, 19 June 2013

Azizan Letak Jawatan ADUN?

LAMAN ini menerima berita yang agak kurang sedap di dengari, menyebut bahawa bekas Menteri Besar Kedah yang juga ADUN Sungai Limau, Tan Sri Azizan Razak akan melepaskan jawatan sebagai ADUN pada bila-bila masa dari sekarang.

Perletakkan jawatan ini bermaksud, pilihanraya kecil pertama pasca PRU13 yang lepas, akan diadakan.

Kami dimaklumkan bahawa alasan Azizan untuk melepaskan jawatannya adalah disebabkan masalah kesihatan; umum tahu bahawa kedua-dua belah kaki Azizan terpaksa dipotong sehingga ke pangkal peha akibat masalah jangkitan kuman yang diburukkan dengan penyakit kencing manis pada 7 Mei lepas.

Bagaimanapun, keputusan Azizan ini khabarnya mendapat bantahan beberapa pemimpin PAS negeri yang sedaya upaya cuba mengelakkan dari berlaku pertandingan di kawasan tersebut semula.    Masing-masing tahu PAS pasti akan kalah jika pilihanraya kecil diadakan setelah berlaku kekosongan jawatan.

Tanpa Azizan sebagai calon, disamping pengaruh PAS yang semakin merosot di negeri tersebut, kebimbangan itu sememangnya sangat berasas.

Ia diibaratkan seperti kepala terhantuk pasu setelah jatuh dari tangga.

Laman ini berpendapat, Azizan tidak perlu untuk meletakkan jawatan dan sebuah pilihanraya kecil diadakan.  Azizan kekal sahaja sebagai ADUN di kawasan tersebut sehingga PRU14 atau jika hayatnya tamat semasa tempoh tersebut.

Maksud cakap disitu, selagi kita boleh mengawal keadaan, buat apa nak diadakan semula pilihanraya kecil, kalau dah meninggal dunia itu cerita lain.  Tapi kalau boleh, Azizan jangan mati pun!!

Kalau boleh lah.

Alasannya mudah saja, moral penyokong Pakatan Rakyat yang sedia luntur sekarang (terutama di Kedah), tidak perlu diburukkan lagi dengan segala macam kekalutan yang disebabkan oleh proses pilihanraya kecil itu nanti, yang berkemungkinan besar berpihak kepada BN.

Sejarah menunjukkan, sejak Oktober 2009, BN menang semua pilihanraya kecil yang diadakan berikutan kematian penyandangnya (kecuali Sibu), dan sehingga PRU13 berakhir pun, BN masih lagi kekal menang di semua kawasan dimana pilihanraya kecil tersebut diadakan.

Termasuk parlimen Hulu Selangor yang pada asalnya dimenangi calon Pakatan Rakyat pada 2008.  Yang pasti, Pakatan Rakyat pasti tidak mahu melihat keadaan sama turut berlaku di Sungai Limau.

Lagipun, ramai juga ADUN Pakatan Rakyat yang tidak sihat sekarang, seperti Mursyidul Am PAS dan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.  Walaupun tidak sihat, beliau tidak pula mengambil keputusan untuk meletak jawatan, kerana apa?  Kerana beliau meletakkan kepentingan parti lebih dari dirinya sendiri.

Tugas-tugas Azizan sebagai ADUN boleh dijalankan oleh pembantu yang dilantik, beliau tak payah buat apa-apa pun.  Yang penting, tidak perlu pilihanraya kecil dan pertandingan semula yang hanya meletakkan Pakatan Rakyat dalam risiko untuk tewas.

No comments:

Post a Comment