BERLAWANAN dengan beberapa siri roadshow Himpunan Blackout 505 yang diadakan sebelum ini, jumlah kehadiran orang Cina dalam himpunan kemuncak Blackout 505 Sabtu lepas, adalah sangat-sangat mengecewakan.
Dikhabarkan hanya sekitar 4% sahaja orang Cina yang hadir pada himpunan yang rata-rata dihadiri antara 10,000 ke 30,000 orang tersebut.
Jumlah orang India jangan cakaplah, lagi teruk, kurang 1%.
Situasi ini menuntut jawapan dari DAP selaku parti yang bertanggungjawab ke atas orang Cina. Lim Kit Siang selaku penasihat DAP perlu menjelaskan kepada pimpinan lain dalam Pakatan Rakyat kenapa perkara ini boleh berlaku?
Adakah benar dakwaan sebelum ini bahawa orang Cina tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar kenapa selepas 97% orang Cina memberi undi kepada Pakatan Rakyat pun, gabungan pembangkang itu masih gagal menawan Putrajaya?
Maka itu mereka membuat pilihan untuk tidak hadir dalam himpunan Sabtu lepas? Atau masalahnya jerebu? Penulis tidak boleh menerima alasan seumpama itu, sebabnya mudah saja, perjuangan apa yang kalah dengan asap dan habuk?
Tambah memburukkan keadaan, anak Kit Siang, Guan Eng pun tidak muncul pada hari tersebut. Kesemua mereka ini ada golongan pengikut mereka yang tersendiri dan seharusnyalah jumlah kehadiran pada hari tersebut akan mencatat rekod dalam sejarah demokrasi negara kita.
Sekarang ini bukannya rekod, tapi bencana!!
Penulis melihat komitmen pimpinan Pakatan Rakyat terhadap perjuangan menegakkan demokrasi sebenar di negara ini sudah semakin berkurangan. Tidak seperti waktu-waktu sebelum PRU13 yang sudah, semangat itu nampaknya semakin pudar.
Mungkinkah ada di antara yang sudah terlalu leka dengan jawatan sebagai Ahli Parlimen, ADUN dan sebagainya sehingga melupakan gerakan massa yang mendapat sokongan rakyat? Atau rakyat hanya batu loncatan untuk masing-masing bergelar YB dan sebagainya sahaja?
Lebih teruk lagi, semalam, ketika ramai penyokong Pakatan Rakyat yang disumbat ke dalam tahanan kerana cuba merempuh bangunan Parlimen bagi membantah keputusan PRU13, pemimpin-pemimpin yang menang di dalam, bersenang lenang di Parlimen, minum kopi dengan Najib dan sebagainya.
Kita bukan marah mereka nak bersenang lenang, tapi hormatilah penyokong yang sedang bermati-matian berjuang di luar. Lagipun, yang menghantar kesemua 89 Ahli Parlimen tersebut ke situ bukan orang lain, rakyat juga.
No comments:
Post a Comment