Wednesday, 19 June 2013

Kenapa Tuhan Perlu Dilibatkan Dalam Pilihanraya?


LAMAN ini mengecam sepenuhnya kenyataan beberapa orang pemimpin BN dan Pakatan Rakyat yang menjadikan Tuhan sebagai alasan kenapa Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya umum ke 13 yang lepas.

Bagi yang tidak mengikuti perkara ini dengan dekat, kami ingin nak memaklumkan bahawa isu ini pertama kali dibangkitkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang dan kemudiannya oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Ahmad Dahalan.

Bagi laman ini, proses yang melibatkan fakta dan angka ini jelas adalah dibawah kawalan manusia sepenuhnya dan laman ini tidak nampak bagaimana ia boleh dikaitkan dengan Tuhan sama sekali.

Justeru, kami bersetuju sepenuhnya dengan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching (TNC) yang tampil sekeras-kerasnya menafikan peranan Tuhan dalam mempengaruhi keputusan pilihanraya umum yang baru lalu.

Apatah lagi dengan segala penipuan dan skandal yang boleh dikaitkan dengan pilihanraya yang lepas, adakah adil untuk mengaitkan Tuhan dengan perkara tersebut?

Walaupun sekilas pandang, kenyataan TNC itu mungkin berlawanan dengan kepercayaan masyarakat majoriti Islam yang percaya bahawa apa yang akan dan telah berlaku adalah ketentuan Tuhan, tapi dari satu sudut lain yang berbeza, kenyataan itu lebih kepada memelihara 'imej' Tuhan itu sendiri.


Kami percaya ramai yang mahu melihat konsep ketuhanan ini hanya dikaitkan dengan perkara yang baik-baik sahaja, sementara perbuatan jahat dan kejam, tidak sepatutnya dikaitkan dalam apa bentuk sekalipun dengan Tuhan.

Sebab itu ada watak Iblis dan Syaitan.  

Kedua-dua entiti inilah yang akan 'menguruskan' segala kejahatan yang mungkin dilakukan manusia di dunia ini.  Penipuan dalam pilihanraya adalah satu jenis kejahatan yang tidak boleh dikaitkan dengan Tuhan sama sekali.

Maka itu, bagi menangkis peranan takdir dan Tuhan dalam keputusan pilihanraya umum yang lepas adalah lebih baik jika Pakatan Rakyat segera membuktikan fakta dan bukti dimana wujudnya penipuan dalam pilihanraya dengan segera.  

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang ditugaskan khas untuk menyelesaikan isu tersebut perlulah bertindak dengan lebih aktif dan cepat serta mempersembahkan bukti tersebut, sekurang-kurangnya sebelum himpunan raksasa Blackout pada 22hb Jun di Padang Merbok berlangsung.

No comments:

Post a Comment