Tuesday, 18 June 2013

Gerakan Perlu Berubah 100%

MCA dan Gerakan adalah 2 parti komponen BN yang gagal menyerlah dalam PRU13 yang lepas, malah tidak keterlaluan dikatakan, prestasi merosot kedua parti tersebut telah menyebabkan BN kehilangan 7 kerusi parlimen berbanding 2008.

Dalam PRU 13 yang lepas, MCA hanya berjaya menang 7 berbanding 15 pada 2008, sementara Gerakan hanya 1 berbanding 2 pada PRU12.  Satu kerusi yang berjaya dimenangi Gerakan itu pun terletak di Johor, negeri yang mempunyai pengaruh UMNO yang kuat.

Keadaan itu meletakkan Gerakan di kedudukan paling corot dalam semua 13 komponen BN yang bertanding dalam PRU13 yang lepas.  Malah di Pulau Pinang, negeri yang pernah diperintah Gerakan berpuluh-puluh tahun lamanya, parti itu ditolak secara total oleh pengundi Cina.

Entah dimana silapnya, tapi itulah yang berlaku.  Gerakan seolah-olah semakin tidak relevan dalam politik orang Cina hari ini.  Walaupun parti tersebut mendakwa mereka mengamalkan konsep berbilang kaum, tapi umum tahu Gerakan hampir menyamai MCA dari segi komposisi kaum yang menguasai parti tersebut - Cina.


Justeru, pengunduran Tan Sri Koh Tsu Koon dari jawatan Presiden Gerakan Mei lepas, dilihat satu permulaan yang baik untuk perubahan besar-besaran dalam Gerakan.  Semalam dikhabarkan, semua pemimpin yang ada hubungan rapat dengan Tsu Koon, turut mengundurkan diri bagi memberi peluang kepada kepimpinan baru memimpin parti tersebut.

Kita harap, Gerakan dapat meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pilihanraya umum akan datang disamping lebih bijak mengambil peluang dalam politik pihak lawan, terutama sekali DAP.

Selain itu Gerakan juga perlu bijak mendedahkan pembohongan Anwar Ibrahim kepada pengundi cina dan niat tersembunyi sebenar Anwar apabila mencanangkan Pakatan pembangkang sebagai alternatif terbaik untuk menggantikan BN.

Kita tahu Anwar dan DAP saling memperguna antara satu sama lain demi kepentingan masing-masing, dan Gerakan perlu bijak memanipulasi keadaan ini demi kepentingan parti tersebut kalau mahu terus kekal relevan dalam politik Malaysia.

No comments:

Post a Comment