SEPERTI yang telah kita semua jangkakan dari awal lagi, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir untuk mengetuai perarakan Blackout 505 dari Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Sabtu lepas.
Hadi yang sepatutnya bersama-sama dengan Timbalannya, Mat Sabu mengetuai perarakan peserta disitu ke Padang Merbuk, tidak kelihatan langsung dari pagi hingga ke petang tanpa sebarang alasan yang munasabah.
Disebabkan ketiadaan Hadi, telah menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir pada hari tersebut, akan lokasi berkumpul yang sepatutnya setelah mereka jumlah orang yang berkumpul di depan ibu pejabat PAS itu, tidak seperti yang dijangkakan.
Bukan mengatakan tidak ada orang langsung, ada tapi jumlahnya memang mengecewakan, tak macam orang hadir bagi acara besar.
Sememangnya itulah masalah dalam himpunan kali ini berbanding dengan beberapa himpunan yang diadakan Pakatan Rakyat sebelum ini. Jumlah kehadiran peserta (bukan sahaja di Jalan Raja Laut) di 7 lokasi yang ditetapkan untuk berhimpun sebelum berarak ke Padang Merbuk, memang mengecewakan.
Sehingga diakhirnya, himpunan yang sepatutnya dipenuhi setengah juta orang, dihadiri dalam lingkungan 5,000 - 10,000 orang sahaja.
Antara lain, kita yakin ketidakhadiran Hadi telah merencat sambutan rakyat terutama dari kalangan penyokong PAS. Penulis dikhabarkan, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kurang sihat pun mengagahkan diri untuk hadir, walaupun dengan menggunakan ambulan,
Hadi yang sihat wal'afiat itu pulak tidak boleh menghadiri acara besar yang dirancang Pakatan Rakyat.
Apa pun alasannya nanti, PAS perlu bertanggungjawab atas tindakan Presidennya sendiri yang jelas bertentangan dengan dasar Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment