Monday, 24 June 2013

Kemenangan Pandikar Bukti BN Bersatu


KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi, cuba menimbulkan satu suasana seolah-olah ada di kalangan ahli Parlimen BN yang akan berpaling tadah kepada Pakatan Rakyat.

Semuanya bermula dengan upacara melantik Speaker Dewan Rakyat dimana pakatan pembangkang menamakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai calon bagi Pakatan pembangkang, sementara BN pula menamakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Memandangkan ada 2 pencalonan, Setiausaha Dewan Rakyat memutuskan untuk mengadakan undi rahsia - proses biasa yang telah berjalan sejak merdeka lagi.

Disinilah pembangkang mula menimbulkan kekecohan dengan mempersoalkan nombor siri pada kertas undi tersebut dengan alasan nombor siri itu akan membolehkan pihak kerajaan mengenalpasti ahli Parlimen mana yang membuat undian bagi calon yang mana satu.

Seoalah-olah, ada ahli Parlimen BN yang mahu mengundi calon Speaker yang dicadangkan Pakatan Rakyat, tapi kerana adanya nombor siri itu, maka mereka tidak berani kerana takut dikenakan tindakan buang parti dan sebagainya.

Tapi kalau tanpa nombor siri pula, akan ada bangkangan juga.  Nanti dipersoalkan sama ada kertas undi tersebut adalah asli atau tidak!!  Ini semualah sandiwara yang terpaksa dihadapi kerajaan di Dewan Rakyat.  Pembangkang yang tidak boleh menerima kekalahan, akan mencari jalan bagaimana untuk menganggu kelancaran sidang.

Bagaimanapun, kemenangan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Speaker Dewan Rakyat membuktikan semua ahli Parlimen BN bersatu.  Pandikar Amin mendapat 133 undi dan Datuk Kadir sebanyak 89 undi - jumlah kerusi yang sama bagi masing-masing BN dan pembangkang.

Tidak ada sebarang kelainan, justeru, perpecahan di kalangan Ahli Parlimen BN yang diharapkan Pakatan Rakyat, tidak menjadi kenyataan.  Masing-masing mengundi calon yang ditetapkan oleh parti masing-masing.

Anwar pasti kecewa.  

Dia mahu kalau boleh satu undi sahaja menentang pencalonan Pandikar Amin dari BN, satu undi sudah cukup. Dengan satu undi itu nanti boleh menjadi isu politik yang penting untuk pembangkang.

Nampaknya hasrat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, tertangguh buat kesekian kalinya.

No comments:

Post a Comment