Friday, 21 June 2013

Bangla Pun Lagi Pandai Cakap Melayu Dari Ah Beng

GESAAN banyak pihak supaya kerajaan menghapuskan sistem sekolah vernakular di Malaysia ini, dari satu sudut adalah satu jalan kepada sebuah negara bangsa yang lebih bersatu padu di Malaysia ini.

Sudah lama rasanya kita terlalu berlembut dengan isu-isu yang hakikatnya hanya merosakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, atas nama menghormati perlembagaan dan toleransi kaum.

Fakta bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang membenarkan bahasa ibunda digunakan secara meluas diperingkat pendidikan nasional, tidak pernah dihargai, sebaliknya dianggap satu hak yang tidak boleh ditarik atau dikaji semula.

Paling memalukan apabila ada pemimpin parti politik berasaskan perkauman tertentu yang menganggap semua Ah Beng di negara ini fasih berbahasa Melayu, satu kenyataan yang berlawanan dengan realiti sebenar.

Yang dimaksudkan ialah Heang Seai Kiei, Ketua Biro Publisiti MCA yang mengeluarkan kenyataan di bawah kepada sebuah portal berita politik tempatan:-
The fact that we are able to converse fluently in Malay is solid proof that we have not ignored our national language,” 
Hakikatnya, kenyataan di atas itu sangat memalukan.

Nampak sangat pemimpin berkenaan tidak pernah turun ke bawah dan melihat sendiri realiti sebenar yang berlaku.  Tidak hairanlah kenapa MCA mencatat keputusan kedua tercorot di kalangan parti komponen BN dalam pilihanraya umum yang lepas.

Kita harus menerima realiti bahawa sekolah vernakular hanya mengasing rakyat negara ini mengikut populasi kaum masing-masing.  Benar ada segelintir ibu-bapa dari kaum Melayu yang menghantar anak masing-masing ke sekolah vernakular, tapi jumlahnya terlalu kecil untuk dijadikan statistik.

Malah, jumlahnya adalah jauh lebih kecil dari jumlah anak orang bukan Melayu yang masuk ke Sekolah Kebangsaan.  Belum lagi kita bercakap peraturan untuk memasuki sekolah vernakular ini yang semakin ketat dari tahun ke tahun.

Sekarang, ada pula peraturan yang mewajibkan pelajar sekolah rendah sekolah vernakular perlu mendapat pendidikan dalam bahasa ibunda masing-masing di peringkat pra sekolah sebelum dibenarkan untuk masuk.

Kita bercakap tentang realiti yang sedang berlaku di bawah dan pemimpin MCA seperti Heang Seai Kiei hanya mencari alasan untuk tidak menerima hakikat bahawa sekolah vernakular ini hanya merosakkan perpaduan di kalangan rakyat.  

Bukti ada berlambak, susah sangat nak cari bukti, periksa sahajalah peratusan kelulusan dalam bahasa Malaysia oleh sekolah-sekolah vernakular ini.

Bahkan di kedai-kedai yang dimiliki kaum tertentu sendiri pun, juru jualnya ada yang terdiri dari kalangan warga asing seperti Indonesia dan Bangladesh kerana kaum pendatang ini nampaknya lebih mahir menguasai bahasa Melayu dari Ah Beng sendiri.

Kita harap kerajaan memikirkan semula idea sekolah Wawasan yang pernah dilaksanakan kerajaan dahulu.  Jangan dengar sangat cakap Ah Beng Ah Beng ini kerana mereka bukannya mengundi kerajaan pun.

No comments:

Post a Comment