SOLIDARITI Anak Muda Malaysia (SAMM) yang dipimpin Badrul Hisham Shaharin (CheguBard), seharusnya menjadi organisasi bukan kerajaan (NGO) pro Pakatan Rakyat yang tegar dan komited dalam perjuangan Pakatan Rakyat, terutama PKR.
Ia seharusnya menyaingi kalau tidak melebihi Unit Amal PAS yang sekarang berada pada dalam kelasnya yang tersendiri, malah ada yang menyamakan Unit Amal seperti skuad khas polis dan tentera, cuma tanpa menggunakan senjata.
Tapi entah kenapa, sejak pilihanraya umum berakhir, SAMM seakan menjadi pembangkang dalam pembangkang. Tidak terkecuali dalam himpunan Sabtu lepas dimana SAMM 'mempersembahkan' poster-poster yang hampir kesemuanya bertujuan memalukan Pakatan Rakyat.
Apa sudah jadi?
Adakah benar SAMM terikut-ikut dengan kekecewaan CheguBard yang tewas bertanding di DUN Sungai Acheh akibat berlaku pertandingan 3 penjuru antara BN, PKR dan PAS? Dikatakan, kalau pertandingan itu satu lawan satu (PR vs BN), CheguBard boleh merampas kerusi tersebut dari BN dengan mudah.
Cerita yang satu lagi menyebut, CheguBard kecewa dengan dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang secara tidak langsung mengaitkannya sebagai penjual pil kuda untuk mejustifikasikan sebab kenapa PAS meletakkan calon untuk bertanding di Sungai Acheh.
Bukan rahsia semasa kempen PRU13 yang lepas, CheguBard tidak berpuas hati dengan PAS yang masih menjalankan kempennya di Sungai Acheh walaupun telah diputuskan kemudiannya bahawa kerusi tersebut akan ditandingi oleh CheguBard dalam kompromi yang dijalankan antara parti dalam Pakatan Rakyat.
Itu yang kita lihat Sabtu lepas, kebanyakkan poster-poster yang disediakan SAMM adalah menyindir pimpinan PAS.
PAS yang jelas tidak berpuas hati dengan tindakan SAMM itu telah membuat laporan kepada pimpinan tinggi Pakatan Rakyat.
Sehingga bila SAMM mendirikan khemah dan cuba merempuh bangunan Parlimen semalam, tindakan itu tidak mendapat sokongan pimpinan Pakatan Rakyat, tak seperti beberapa siri 'perkhemahan' yang dianjurkan Pakatan Rakyat sebelum ini.
Ini dibuktikan dengan hakikat bahawa tidak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang datang menjengok tapak perkhemahan dan peserta yang ditahan di balai polis, memberi bantuan guaman dan sebagainya.
Lebih memalukan lagi, portal pro Pakatan Rakyat, The Malaysian Insider menyifatkan perkhemahan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan Pakatan Rakyat!!
Kita masih menanti kenyataan dari CheguBard dan pimpinan SAMM yang lain mengenai kekacauan yang berlaku semalam dan sama ada SAMM mempunyai kaitan dengannya.
No comments:
Post a Comment