Wednesday, 26 June 2013

Mungkinkah PKR Bertanding Kuala Besut?

KEMATIAN penyandang DUN Kuala Besut, Terengganu dari BN, Datuk Dr Abdul Rahman akibat kanser paru-paru pagi tadi telah membuka ruang kepada satu pilihanraya kecil diadakan di negeri tersebut dalam masa 60 hari dari sekarang.

Semasa PRU13 yang lepas, Allahyarham mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Sudah tentu persoalan yang menjadi tumpuan banyak pihak sekarang ialah, parti manakah yang akan mewakili pembangkang dalam pilihanraya kecil ini nanti?

Sumber memaklumkan penulis bahawa PKR telah menyatakan kepada PAS keinginannya untuk bertanding di kerusi tersebut setelah PAS gagal menawan kerusi tersebut, sekurang-kurangnya dalam 2 pilihanraya umum yang lepas.

Walaupun calon PAS dalam PRU13 yang lepas berjaya mengurang sedikit majoriti Allahyarham, tapi itu bukan petunjuk kekuatan PAS yang sebenar kerana Parlimen Besut itu secara keseluruhannya adalah kubu kuat UMNO sejak dulu lagi.

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Idris Jusuh adalah juga Menteri Pelajaran kedua disamping Tan Sri Mahyuddin Yassin.

Sejauh mana PAS akan bersetuju dengan cadangan tersebut, masih belum dapat dipastikan kerana PAS diketahui agak sukar untuk melepaskan kawasan tradisi parti tersebut kepada mana-mana parti komponen pembangkang yang lain.

Tapi dalam masa yang sama, PKR juga mempunyai asas untuk mencuba nasib di kawasan tersebut kerana keputusan PRU13 yang lepas menyaksikan kemerosotan pengaruh PAS di seluruh negara walaupun berjaya mengurangkan majoriti 2/3 BN di Terengganu.

Kenapa kita mempersoalkan parti permbangkang adalah kerana isu perebutan kerusi ini tidak wujud dalam BN kerana UMNO adalah satu-satunya parti Melayu dalam BN dan majoriti besar pengundi DUN Kuala Besut (99%) adalah terdiri daripada orang Melayu.

No comments:

Post a Comment