Semua orang pun tahu Hadi Awang tidak begitu menyokong himpunan Blackout 505, malah tidak pernah menghadiri satu pun siri himpunan Blackout 505 yang diadakan di seluruh negara sekarang ini, termasuk yang diadakan di Terengganu, negeri asalnya sendiri.
Tanda tanya banyak pihak ialah, apakah ini orang seperti ini yang diharapkan untuk mengetuai perarakan dari Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut tersebut?
Malah, keputusan untuk meletakkan Haji Mat Sabu bersama-sama Hadi Awang untuk mengetuai perarakan tersebut membuktikan Hadi Awang memang tidak boleh dipercayai, tapi entah bagaimana beliau masih dinamakan untuk mengetuai perarakan dari situ.
Berbeza dengan Hadi Awang, Mat Sabu adalah antara segelintir pemimpin PAS yang menyokong kuat himpunan Blackout 505 bersama-sama Naib Presiden PAS, Salehudin Ayub dan setakat ini telah pun menyertai hampir kesemua himpunan Blackout yang diadakan di serata negara.
Kita mahu pemimpin yang komited dengan perjuangan Blackout 505, bukan jenis yang tidak serius. Hadi Awang setakat ini sekadar menyerahkan sahaja kepada ahli-ahli PAS untuk menentukan sendiri sama ada mahu menyertai perhimpunan tersebut atau tidak, tidak ada ketegasan langsung.
Berbeza dengan himpunan Bersih sebelum ini bila setiap ahli PAS diwajibkan untuk menghadiri himpunan itu atau mereka akan menghadapi kemurkaan dari Tuhan. Kerajaan Kelantan dan Kedah (pada ketika itu), turut memberikan wang saku serta menyediakan pengangkutan untuk ahli yang hadir.
Maka itu kita mahu penganjur himpunan Blackout 505 mengkaji semula keputusan meletakkan Hadi Awang untuk mengetuai perarakan dari Jalan Raja Laut. Kita bimbang Hadi gagal menarik lebih ramai pengikut PAS untuk hadir, atau lebih buruk lagi, kelibatnya pun tidak kelihatan disitu.
Kebarangkalian ini berasas kerana sehingga sekarang Hadi masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada untuk bersetuju dengan cadangan tersebut atau tidak.
Kebarangkalian ini berasas kerana sehingga sekarang Hadi masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada untuk bersetuju dengan cadangan tersebut atau tidak.
No comments:
Post a Comment